awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga Bangladesh didakwa sokong, simpan simbol berkait IS

Bernama
Bernama
15/08/2025
02:50 MYT
Dua warga Bangladesh didakwa sokong, simpan simbol berkait IS
Md Refat (depan, tengah) dan Md Mamun (belakang, tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas pertuduhan berkaitan menyokong aktiviti dan memiliki bahan berkaitan IS. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Dua lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyokong aktiviti dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Tertuduh pertama, Md Mamun Ali, 31, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS melalui aplikasi media sosial Facebook menggunakan akaun bernama Sahifulla Islam antara 28 Julai 2023 hingga 30 April 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara hingga 30 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, tertuduh kedua Md Refat Bishat, 27, didakwa memiliki satu gambar bendera kumpulan pengganas IS dalam telefon bimbit jenis Honor X6a pada 10 Julai 2025 di sebuah rumah di Larkin Industrial Estate, pada kira-kira 4.30 petang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda dan pelucuthakan barangan terbabit, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan terhadap Mamun dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Ab Manaff, manakala kes Refat oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Ainaa Ridzwan, sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula bagi pelantikan jurubahasa memandangkan kedua-duanya hanya memahami sedikit bahasa Melayu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Bangladesh
#sokong IS
#gambar bendera IS
#Mahkamah Sesyen Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan