awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga emas maut kemalangan dua kenderaan di Slim River

Bernama
Bernama
21/05/2025
22:20 MYT
Dua warga emas maut kemalangan dua kenderaan di Slim River
Sebuah Proton Saga dan sebuah Toyota Hilux bertembung di Jalan Kampung Kuala Slim, Slim River, malam tadi, mengakibatkan dua warga emas maut. - Foto JBPM Perak
IPOH: Dua warga emas maut manakala lima lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Kampung Kuala Slim, Slim River malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata mangsa yang maut adalah dua lelaki masing-masing berusia 73 tahun iaitu pemandu dan penumpang kereta Proton Saga, manakala pemandu Toyota Hilux berusia 30 tahun serta penumpang yang juga empat warga asing mengalami cedera ringan.
"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 8.19 malam tadi dan menggerakkan lapan anggota bomba serta satu jentera ke lokasi kejadian.
"Kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang bertembung, serta mangsa iaitu pemandu dan penumpang kereta disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#JBPM Perak
#kemalangan dua kenderaan
#Slim River
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami