awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wartawan Astro AWANI terima sijil penghargaan Ketua Polis Negara

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2025
15:51 MYT
Dua wartawan Astro AWANI terima sijil penghargaan Ketua Polis Negara
Umavathi Ramayah (kanan) dan Afiezy Azaman (kiri) menerima sijil penghargaan Ketua Polis Negara sebagai menghargai sumbangan dalam melaporkan usaha-usaha dan inisiatif PDRM. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dua wartawan Astro AWANI menerima sijil penghargaan Ketua Polis Negara sebagai menghargai sumbangan dalam melaporkan usaha-usaha dan inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyampaikan sijil penghargaan itu kepada Umavathi Ramayah dan Afiezy Azaman.
Mereka adalah antara 31 wartawan yang terpilih untuk menerima sijil berkenaan di peringkat kebangsaan.
Razarudin berkata, penghargaan tersebut diberikan sebagai tanda pengiktirafan terhadap komitmen yang berterusan dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan para pengamal media dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan maklumat yang tepat, telus dan beretika kepada masyarakat.
Beliau turut menekankan bahawa kerjasama erat antara pihak media dan pasukan polis amat penting dalam memastikan penyebaran maklumat yang benar, sekali gus membantu usaha pihak berkuasa dalam menangani pelbagai isu keselamatan negara secara lebih berkesan dan menyeluruh.
Beliau mewakili kepemimpinan tertinggi dan seluruh warga PDRM turut menzahirkan ucapan terima kasih kasih atas sokongan dan kerjasama pihak media menerusi keberkesanan peranan yang sememangnya tidak boleh disangkal lagi.
"Sekali lagi saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sokongan dan kerjasama utuh yang diberikan oleh rakan media dalam menyalurkan informasi yang tepat dan berintegriti," katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi KPN Bersama Media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pada Isnin.
Razarudin berkata, media mempunyai 'kuasa unik' yang berkemampuan melangkaui batas fizikal, mempengaruhi pemikiran dan memenangi hati masyarakat untuk menzahirkan sokongan memperkukuh keselamatan dan keamanan negara.
"Kepercayaan dan harapan tinggi disandarkan kepada pihak media selaku rakan strategik PDRM untuk meningkatkan penyaluran dan penyampaian informasi yang tepat dan dipercayai berbanding spekulasi dalaman atau atas kepentingan individu," ujarnya lagi.
Menurutnya, hubungan kerjasama yang utuh antara PDRM dengan rakan-rakan media adalah berteraskan tanggungjawab kepada masyarakat.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#PDRM
#rakan strategik
#hubungan kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan