awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duda kena penjara 5 tahun bakar rumah ibu, kereta ibu saudara

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
07/12/2022
10:02 MYT
Duda kena penjara 5 tahun bakar rumah ibu, kereta ibu saudara
Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan satu tahun penjara bagi pertuduhan kedua, namun hukuman berjalan serentak. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang duda dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu atas pertuduhan membakar rumah dan kereta milik ahli keluarganya.
Hukuman itu diputuskan Hakim Nooriah Osman selepas Md sofian Md Noor, 37, mengaku bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa telah melakukan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kebinasaan terhadap rumah milik ibunya yang berusia 61 tahun.
Kesalahan itu dilakukan pada 26 November lalu di Kampung Syukur, Dungun jam 3.45 petang.
Selain itu tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat untuk menyebabkan kerosakan kereta milik ibu saudaranya pada jam 4.20 petang di tempat dan tarikh yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun yang sama.
Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan satu tahun penjara bagi pertuduhan kedua. Bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap iaitu 26 November lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.
Topic Berkaitan
#duda dipenjara
#bakar rumah
#Kampung Syukur
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan