awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duit simpanan KWSP RM99,000 lesap, penoreh getah diperdaya Love Scam

Bernama
Bernama
19/06/2021
03:54 MYT
Duit simpanan KWSP RM99,000 lesap, penoreh getah diperdaya Love Scam
Mereka telah menjalinkan hubungan secara maya sejak awal Februari lepas dengan hanya berhubung menerusi aplikasi WhatsApp.- Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang penoreh getah kerugian RM99,000 selepas terpedaya dengan sindiket Love Scam menerusi media sosial dalam kejadian di Kampung Baru Cina Air Hitam, Jempol.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 58 tahun itu merupakan pesara swasta mendakwa telah berkenalan dengan seorang wanita warganegara Singapura yang mengaku menetap di Australia, menerusi Facebook.
Beliau berkata wang simpanan pengadu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa persaraan lesap setelah mempercayai teman wanitanya yang mempunyai masalah kewangan, bagi menyelesaikan urusan perniagaan yang tergendala.
"Mereka telah menjalinkan hubungan secara maya sejak awal Februari lepas dengan hanya berhubung menerusi aplikasi WhatsApp dan tidak pernah melakukan panggilan telefon atau video sepanjang perkenalan.
"Sepanjang berkenalan, wanita itu menceritakan perniagaan minyak mentah yang diuruskan di luar negara dan telah meminta lelaki itu memberikan pinjaman wang bagi menyelesaikan urusan perniagaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata pengadu kemudian bersetuju meminjamkan sejumlah wang kepada teman wanitanya dengan membuat enam kali transaksi berjumlah keseluruhan RM99,000 pada 9 dan 10 Jun lepas.
Hoo berkata pengadu sedar bahawa dirinya ditipu apabila wanita tersebut sekali lagi meminta pengadu memasukkan sejumlah wang berjumlah RM131,000 dengan alasan masalah kewangan syarikat yang masih lagi tidak dapat diselesaikan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis memohon orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terjerat dengan cinta menerusi laman sosial agar tidak menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#love scam
#penoreh getah
#tipu
#pesara swasta
#wang persaraan
#KWSP
#Jempol
#Hoo Chang Hook
#Kekasih
#Sarah Wong
#maya
#WhatsApp
#Singapura
#Australia
#perniagaan
#minyak mentah
#teman wanita
#transaksi
#pemindahan wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan