KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 300 guru tempatan anak Sabah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai pendidik dan berkhidmat di negeri itu.
Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, setakat ini daripada 600 individu, 300 anak-anak tempatan yang hadir temuduga dilantik.
Menurutnya, tiada anak-anak Sabah yang menjadi guru kontrak tidak dilantik melainkan mereka mempunyai masalah dari segi integriti dan temuduga.
"Saya mendapat makluman daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah berhubung isu yang dikemukakan ini. Sekata ini daripada 600 lantikan, 300 daripadanya telah dilantik.
"Itu yang saya dimaklumkan, tiada anak-anak Sabah yang menjadi guru kontrak tidak dilantik melainkan (mereka) ada masalah sedikit dari segi integriti dan temuduga. Saya akan kemukakan secara bertulis juga mengenai perkara ini," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada Khamis.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) yang ingin tahu apa langkah kerajaan untuk memastikan guru-guru anak tempatan Sabah mendapat tempat dan dilantik menjadi pendidik.
Menjawab soalan asal Fairuz Renddan (GRS-Pintasan) yang ingin tahu berapa buah sekolah yang mendapat Bantuan Aktiviti PIBG SABAH (BAGUS) dan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) bagi daerah Kota Belud Arifin berkata, kementeriannya telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk melaksanakn BAGUS menerusi bantuan ‘One-Off’ sebanyak RM2,000.00 yang diberikan kepada 1,500 PIBG sekolah di seluruh negeri Sabah.
Manakala bagi Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) pula beliau berkata, bantuan itu akan diberikan kepada 1,500 buah sekolah di seluruh negeri yang melibatkan peruntukan sebanyak RM12.6 Juta.
Sementara itu, Arifin menjelaskan, sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada 5,000 pelajar golongan B40 dan M40 menerusi program Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara 'one-off'.
Katanya, bantuan tunai sebanyak RM2,000 diberikan kepada para pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda manakala RM1,500 bagi pelajar diploma, asasi dan matrikulasi.
Astro Awani
Thu Jul 21 2022
Menurutnya, tiada anak-anak Sabah yang menjadi guru kontrak tidak dilantik melainkan mereka mempunyai masalah dari segi integriti dan temuduga.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
DUN Sabah luluskan Belanjawan Negeri 2025
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan Sabah 2025) selepas sesi perbahasan dan penggulungan sejak Isnin lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Sabah bentang Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion
Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
GRS tanding semua 73 kerusi DUN Sabah, pandangan peribadi SAPP - Gagasan Rakyat
Nizam berkata Gagasan Rakyat menghormati pandangan tersebut, bagaimanapun, ia tidak melambangkan pandangan GRS secara kolektif.
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Lulus pindaan berkaitan antilompat parti demi rakyat - Hajiji
Menurut Hajiji, pindaan Perlembagaan yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu.
DUN Sabah: Hajiji bentang RUU Anti Lompat Parti
Hajiji berkata, kerajaan memandang serius serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.
DUN Sabah: Isu bekalan air, elektrik dominasi sesi perbahasan
Isu bekalan air dan elektrik yang melanda Sabah mendominasi sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin/
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan