awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan daya tahan ekonomi
WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood
Mahkamah Korea Selatan bebaskan lelaki dihukum mati 50 tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sabah bersidang tiga hari mulai 24 Ogos ini

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
03/08/2021
12:12 MYT
DUN Sabah bersidang tiga hari mulai 24 Ogos ini
Menurutnya, pada hari pertama iaitu 24 Ogos merupakan perasmian sidang penggal kedua DUN Sabah Ke-16 yang akan dilaksanakan sendiri oleh Tun Juhar. - Bernama.
KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan bersidang dalam tempoh tiga hari bermula 24 hingga 26 Ogos ini.
Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, pembukaan persidangan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Menurutnya, pada hari pertama iaitu 24 Ogos merupakan perasmian sidang penggal kedua DUN Sabah Ke-16 yang akan dilaksanakan sendiri oleh Tun Juhar.
"Selepas itu ialah perbahasan pada 25 Ogos dan penggulungan pada keesokan harinya," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Kadzim menambah, pembukaan sidang DUN itu juga setelah mendapat nasihat dan memohon daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau tidak menolak kemungkinan individu yang dibenarkan masuk ke Bangunan DUN Sabah terdiri daripada mereka yang sudah menerima dua dos vaksin.
"Untuk sidang kali ini, dia masih tertutup pada orang ramai. Hanya dibenarkan hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua ketua jabatan sahaja.
"Malah hanya media rasmi sahaja dibenarkan manakala media lain boleh mengikuti persidangan dari Bilik Media Khas atau secara dalam talian," katanya.
Topic Berkaitan
#DUN Sabah
#persidangan DUN Sabah
#Speaker DUN Sabah
#Datuk Kadzim M Yahya
#Sidang DUN Sabah
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan