KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menubuhkan Majlis Halal Sabah (MAHAS) bagi menangani isu halal di negeri itu selain menyelaras tindakan daripada agensi berkaitan yang terlibat dalam sektor berkenaan.
Keputusan dibuat melalui mesyuarat kabinet pada 23 November lalu.
Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perkara tersebut bagaimanapun tertakluk kepada dasar semasa kerajaan dan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
"Isu kemasukan produk makanan khususnya produk daging yang diragui kehalalannya dari segi syarak, mendorong kepada penyelarasan di peringkat agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang berkaitan dengan bidang kuasa masing-masing.
"Penyelesaian yang melibatkan semua agensi yang berkaitan perlu dibuat melihat kepada bidang kuasa yang diperuntukkan di agensi-agensi itu", beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2023 di Dewan Undangan Negeri pada Rabu.
Ariffin turut menambah kementeriannya turut melaksanakan inisiatif pengeluaran Surat Perakuan Patuh Syariah (SPPS) sebagai langkah bagi membantu pengusaha mikro yang menghasilkan produk makanan dan minuman di negeri itu.
Katanya, SPPS dibangunkan oleh MUIS Halal Hub dengan penglibatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan SIRIM bagi mengiktiraf produk halal pengusaha mikro yang mematuhi prinsip makanan dan minuman dalam Islam.
"SPPS ini dibangunkan bagi memberi ruang kepada industri mikro di negeri ini untuk mendapatkan pengiktirafan patuh syariah bagi produk makanan dan minuman yang dipasarkan kepada masyarakat awam.
"SPPS ini juga sebagai sokongan untuk mendapatkan perakuan dan logo halal Malaysia selaras dengan kehendak subperenggan 4(1)(a)(b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011)”, tambah beliau.
Abdul Hafiz Mustadi
Wed Nov 30 2022
Jelas Dr Mohd Arifin kemasukan produk makanan khususnya produk daging yang diragui kehalalannya mendorong kepada penyelarasan di peringkat agensi kerajaan negeri dan persekutuan. - Astro AWANI
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Tiga maut terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar
Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di sini, pada Jumaat.
Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
Sabah rancang tubuh Pusat AI, inisiatif sokong ekosistem digital - Exco
Sabah merancang untuk menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) sebagai antara inisiatif menyokong ekosistem digital di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas di Putatan pada Selasa.
Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).
RM7 juta biaya kos kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
Sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.