Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis sebulat suara meluluskan usul tergempar menyokong pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan Datuk Masidi Manjun ketika membentangkan usul berkenaan berkata, usul itu juga bertujuan memastikan Ahli Parlimen di Sabah meneruskan usaha untuk berunding dengan pihak-pihak berkenaan bagi melaksanakan pindaan itu di Parlimen secepat mungkin.
"Usul ini adalah satu simbolik bagi negeri Sabah dalam usaha kita mendapatkan semula status Sabah sebagai rakan kongsi yang sama taraf dengan Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Pada 9 April, satu usul dibentangkan di Dewan Rakyat untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan peruntukan asal yang digubal pada 1963 dan dipinda pada 1976.
"Cadangan pindaan 2019 ini bertujuan mengambalikan peruntukan asal Perkara 1(2) Perlembagaan Pesekutuan yang mengiktiraf rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia, iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sejajar dengan perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.
Pada 9 April lepas Dewan Rakyat gagal mendapatkan sokongan dua pertiga atau 148 undi yang diperlukan untuk meluluskan Pindaan itu, yang diusulkan khusus bagi mengembalikan Sabah dan Sarawak ke status asalnya seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Hanya 138 anggota Parlimen menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 sementara 59 orang termasuk anggota Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak, tidak mengundi.
Masidi berkata pindaan itu seringkali diutarakan oleh pemimpin Sabah sejak satu ketika dahulu sehingga sekarang, sama ada dalam persidangan di DUN Sabah mahupun di Parlimen.
"Oleh itu saya berharap selepas ini semua Anggota Parlimen dari Sabah mengambil kira suara semua ADUN di Sabah agar usaha berterusan dapat dilakukan untuk merealisasikannya," tambahnya. -- Bernama
Bernama
Thu Apr 18 2019
Usul itu adalah satu simbolik bagi negeri Sabah dalam usaha mereka mendapatkan semula status rakan kongsi sama taraf.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
DUN Sabah luluskan Belanjawan Negeri 2025
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan Sabah 2025) selepas sesi perbahasan dan penggulungan sejak Isnin lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Sabah bentang Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion
Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
GRS tanding semua 73 kerusi DUN Sabah, pandangan peribadi SAPP - Gagasan Rakyat
Nizam berkata Gagasan Rakyat menghormati pandangan tersebut, bagaimanapun, ia tidak melambangkan pandangan GRS secara kolektif.
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Lulus pindaan berkaitan antilompat parti demi rakyat - Hajiji
Menurut Hajiji, pindaan Perlembagaan yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu.
DUN Sabah: Hajiji bentang RUU Anti Lompat Parti
Hajiji berkata, kerajaan memandang serius serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.
DUN Sabah: Isu bekalan air, elektrik dominasi sesi perbahasan
Isu bekalan air dan elektrik yang melanda Sabah mendominasi sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin/
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan