SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) 2024 bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menukar gelaran PBT berkenaan.
RUU itu diluluskan Speaker DUN Lau Weng San selepas dibacakan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim sebanyak tiga kali.
Terdahulu, Ng ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata di samping menukar gelaran PBT, pembentangan dilaksanakan bagi perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf perbandaran kepada bandar raya berkuat kuasa 23 Nov tahun lepas.
"Rang undang-undang ini bertujuan menukar gelaran perbandaran kepada bandar raya mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
"Bagi menaikkan taraf Majlis Perbandaran Klang kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang, tiada keperluan untuk meminda perundangan yang sedang digunakan. Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri perlu mengadakan rang undang-undang bagi membuat peruntukan untuk menukar gelaran perbandaran kepada bandar raya," katanya pada persidangan DUN Selangor di sini hari ini.
Ng berkata rang undang-undang itu dibuat dengan tujuan mengekalkan kuasa, kewajipan dan keistimewaan pemegang jawatan sewaktu taraf perbandaran dinaikkan kepada bandar raya.
Pada 5 Februari lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan istiadat pengisytiharan Klang berstatus perbandaran kepada bandar raya.
Baginda berkenan melafazkan pengisytiharan dan mengumumkan pelantikan Datin Paduka Noraini Roslan sebagai Datuk Bandar PBT itu berkuat kuasa 23 Nov 2023.
Persidangan DUN bersambung pagi esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
RUU itu diluluskan Speaker DUN Lau Weng San selepas dibacakan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim sebanyak tiga kali. - Bernama
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kos sara hidup antara punca utama perceraian di Selangor
Kos sara hidup tinggi menjadi antara penyumbang kepada jumlah perceraian yang tinggi bagi orang Islam di negeri Selangor.
Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
Kurangkan kerenah birokrasi, peraturan menyusahkan - Sultan Selangor
Penjawat awam perlu ada 'sense of urgency' dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat diselesaikan dengan pantas dan sempurna.
DUN Selangor lulus 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan (JP) baharu pada Penggal Pertama Persidangan Dewan ke-15.
Selangor luluskan 1,506 projek perkilangan, jana nilai pelaburan lebih RM88 bilion
Persidangan DUN Selangor diberitahu bahawa sebanyak 1,506 projek perkilangan telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM88.88 bilion.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.