SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan yang mengancam nyawa serta karier atlet terutamanya bola sepak.
Usul dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang Abbas Salimmi Che Adzmi sebelum sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal RS-1 (KSP RS-1) itu yang antara lain mendesak siasatan menyeluruh ke atas kes simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim, telah dibahaskan oleh lima Ahli Dewan Negeri (ADN).
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi ketika menggulung perbahasan berkata usul berkenaan adalah cerminan kesepakatan dan solidariti seluruh ADN Selangor yang membantah sekeras-kerasnya serta menolak sebarang unsur keganasan membabitkan arena sukan negara.
"Kita juga harus pastikan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya, selain dalam masa sama turut memberi makluman kepada kita mengenai status terkini atau perkembangan siasatan kes tersebut.
"... solidariti kita bukan hanya melibatkan kes Faisal Halim tetapi juga atlet lain yang menjadi mangsa jenayah dalam beberapa insiden baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata tindakan ekstrem itu boleh membantutkan usaha negeri melahirkan lebih ramai atlet yang berwibawa di Malaysia.
Terdahulu, ADUN Gombak Setia Muhammad Hilman Idham ketika membahaskan usul itu berkata kejadian simbahan asid itu bukan sekadar jenayah keganasan malah turut menyentuh isu kemanusian memandangkan ia dibuat tanpa rasa ihsan dan kemanusiaan.
Beliau berkata perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana sukan merupakan platform perpaduan yang menyatupadukan rakyat dan mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh, tegas dan profesional tanpa sebarang kompromi.
ADUN Balakong Ong Chun Wei berkata insiden yang menimpa Muhammad Faisal harus dijadikan iktibar oleh semua pihak khususnya dalam aspek meningkatkan perlindungan terhadap atlet daripada segala keganasan sama ada fizikal mahupun mental.
Beliau juga memuji solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia apabila tampil menyumbang kepada Tabung Solidariti Bersama Selangor FC yang digerakkan kerajaan negeri.
Turut mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu ADUN Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, ADUN Hulu Bernam Mu'izzuddeen Mahyuddin dan ADUN Sungai Kandis Wan Dzahanurin Ahmad.
Selain Muhammad Faisal, negara turut digemparkan dengan insiden jenayah melibatkan beberapa pemain bola sepak lain antaranya Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Safiq Rahim dan Ahmad Khuzaimi Piee.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Mohd Najwan Halimi (kiri) semasa sesi soal jawab ketika Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN Selangor ke-15 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. --fotoBERNAMA
Untung bersih Westports FY25 diramal susut - CGS International
CGS International berkata, kumpulan itu juga berkemungkinan berdepan kelewatan selama enam bulan bagi pelaksanaan kenaikan caj pngendalian terminal disebabkan ketidaktentuan makroekonomi.
Syarikat EMS tempatan raih untung daripada perang perdagangan, kata Maybank IB
Syarikat perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) domestik kekal dalam kedudukan baik mendapat keuntungan daripada perang perdagangan berterusan Amerika Syarikat (AS)-China.

Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang: 'Bagi ruang untuk siasatan' - Fadhlina
Siasatan dalaman berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih dijalankan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Purata perbelanjaan pelancong Malaysia meningkat
Rakyat Malaysia lebih banyak berbelanja untuk melancong dengan purata perbelanjaan setiap pelancong meningkat antara 15% hingga 25% di Matta Fair 2025, walaupun bimbang
terhadap risiko kelembapan ekonomi.
terhadap risiko kelembapan ekonomi.

22 maut dalam kebakaran restoran di Liaoyang, China
Menurut media tempatan, kejadian berlaku pada pukul 12.25 tengah hari itu turut mengakibatkan tiga yang lain cedera.

Lelaki Nigeria gigit telinga koperal dituduh esok
Telinga mangsa yang putus tidak dapat disambung kerana berisiko dijangkiti jika terdapat kuman daripada badan suspek.
Lima sindiket tumpas, dadah RM9 juta dirampas
Lima sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah tumpas dalam lima hari operasi membabitkan tujuh serbuan berasingan di Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat pada 20 hingga 24 April lalu.
SPRM sudah ada senarai individu menceroboh tanah di raub
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.
Palestin desak tindakan antarabangsa akhiri krisis di Gaza
Palestin desak tindakan antarabangsa akhiri krisis di Gaza

China terus catat kenaikan aliran masuk pelaburan asing
China merekodkan penubuhan sebanyak 12,603 syarikat pelaburan asing dalam tiga bulan pertama 2025, meningkat 4.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat."

Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.

Selangor rekod nilai dagangan RM639.2 bilion setakat September - Exco
Selangor merekodkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM639.2 bilion atau 29.9 peratus kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Januari hingga September lepas.

DUN Selangor lulus usul kecam keganasan terhadap atlet, gesa siasatan menyeluruh
Persidangan DUN Selangor hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan yang mengancam nyawa serta karier atlet terutamanya bola sepak.

Sokong MB: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang diubah
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari dari blok pembangkang.

DUN Selangor belum terima notis berkaitan status ADUN Selat Klang
DUN Selangor belum menerima sebarang notis berhubung status ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari berhubung keahliannya yang digugurkan oleh Bersatu.

Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.