KUALA LUMPUR:Pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawannya, Ebit Lew terpaksa menangguhkan niatnya untuk meneruskan misi bantuan di Sabah kerana tidak dibenarkan berbuat demikian.
Ebit mendakwa, beliau telah dimaklumkan tidak dibenarkan untuk jelajah ke pulau-pulau di Semporna bagi menyampaikan sumbangan.
Beliau juga mendakwa, boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika niat berkenaan diteruskan.
Tanpa berkongsi daripada siapa arahan berkenaan diperoleh, Ebit memaklumkan perkara itu dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Selasa.
“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.
“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan di sekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.
“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang,”’ kata Ebit yang juga seorang usahawan yang berjaya dalam hantaran berkenaan.
Dalam hantaran itu, beliau juga memohon maaf pada tujuh orang guru yang sudah dikumpulkannya untuk membantu mendidik masyarakat yang diIslamkannya baru-baru ini.
Bahkan, tegas Ebit, kayu-kayu juga sudah dibeli untuk membina sekolah buat kanak-kanak yang memerlukan.
“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.
“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, Ebit berkata, beliau kini sedang menanti penerbangan untuk Tawau bagi meneruskan misi bantuannya.
“Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” tulis beliau lagi.
BACA: Ebit Lew Islamkan satu kampung di Sabah
Pada Ahad lalu, Ebit berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam.
Misi dakwah itu dilakukannya ketika beliau ke Pulau Tatagan Semporna dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu.
Astro Awani
Tue Feb 02 2021

Ebit Lew mendakwa, beliau boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika meneruskan misi bantuan di Sabah. - Gambar Facebook EBIT LEW

Runtuhan Lombong | Lima masih hilang, operasi pencarian diteruskan
Beberapa individu tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong haram di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Khamis. Dalam kejadian yang berlaku di daerah Parigi Moutong di Sulawesi Tengah, 15 individu berjaya diselamatkan. Tiga bagaimanapun menemui ajal.

Bakat Luar Biasa | Harimau menyanyi jadi tarikan orang ramai di zoo
Seekor anak harimau di sebuah zoo di bandar Barnaul, Siberia kini mempunyai peminat di seluruh rusia apabila sebuah video seolah-olah haiwan itu menyanyi tersebar di media sosial. Menerusi paparan video itu, harimau berusia 10 bulan itu mengeluarkan alunan suara unik seakan-akan menyanyi.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

No To Lanun | Kehidupan seniman patut lebih senang jika…
Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan. Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya.

Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada keperluan untuk menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Barisan Nasional | MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kebakaran Hutan | Kawasan hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat Kampung Chindu terbakar pada petang Khamis. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang.

Vaksin COVID-19 | Tiada kesan sampingan setakat ini - PM
Memasuki hari kedua sejak mendapat suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keadaannya setakat ini baik-baik sahaja. Malah, tiada kesan sampingan dan membuktikan vaksin yang diterima selamat dan diyakini berkesan.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respon Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan itu turut akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Pekerja Asing | 294 majikan di Kedah gagal sedia penginapan sesuai
Seramai 294 majikan di Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam operasi taskforce COVID-19. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Ebit Lew mahu buka 'Restoran Free', rumah gelandangan di ibu negara
Rancangan-rancangan itu dikongsi Ebit menerusi pertemuannya dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada Isnin.

"Bahagia, kekayaan apabila bersama keluarga" - Ebit Lew rai Tahun Baharu Cina
Dalam video dan foto yang dikongsikan, Ebit Lew dilihat memberi 'ang pow' kepada individu-individu yang difahamkan adalah anak saudaranya.

Ebit Lew derma kereta Myvi, sedikit wang belanja buat ibu tunggal
Ebit Lew turut akan membayarkan sewa rumah setiap bulan sehingga menyebabkan Koh menitiskan air mata kerana sebak.

Rezeki mencurah-curah, pelajar cemerlang Nurul Asma Alya tidak sangka prihatinnya rakyat Malaysia
Bekas pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) Indera Mahkota itu, terharu kerana masalah dihadapinya mendapat perhatian banyak pihak termasuk orang persendirian.

Ebit Lew taja sepenuhnya pengajian pelajar cemerlang Nurul Asma Alya
Ebit Lew akan menaja lebih RM40,000 untuk tempoh pengajian Nurul Asma Alya Mohd Zainal selama dua tahun setengah termasuk penginapan.

Ebit Lew tampil bantu pemuda buta yang tular rumahnya terbakar
Kesedihan pemuda cacat penglihatan Mohd Yazid Mohd Nor, yang gambarnya tular di tangga setelah rumahnya terbakar pagi semalam, mendapat perhatian penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Ebit Lew guna wang sumbangan TMJ beli 500 gajet
Pendakwah bebas, Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 untuk membeli sebanyak 500 unit gajet khas buat pelajar yang memerlukan.

TMJ sumbang RM200,000 pada Ebit Lew, pelawa lakukan umrah bersama
Tunku Ismail turut menawarkan untuk membantu segala misi Ustaz Ebit Lew di masa akan datang.

Tiada makluman awal rombongan Ebit Lew masuk Taman Marin Tun Sakaran - TTS
Taman-Taman Sabah (TTS) tidak menerima makluman awal daripada rombongan Ustaz Ebit Lew untuk kebenaran khas memasuki pulau di Semporna yang dikenali sebagai Taman Marin Tun Sakaran.

Tiada halangan, Ebit Lew perlu ikut protokol - Pejabat Daerah Semporna
Perkara itu perlu mengikut protokol iaitu permohonan untuk mendirikan struktur melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu.