Padah menyalah guna wang perbelanjaan yang diserahkan bagi mengerjàkan ibadah umrah, seorang ejen pelancongan diarah membayar saman sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Perintah saman atas 14 pertuduhan terhadap Jamlee Mohd Zid, 46, itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Salleh.
Mengikut kesemua pertuduhan, Jamlee serta syarikat miliknya, J&J Travel & Tours Sdn Bhd gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk membayar semula wang gantian kepada tujuh orang pelanggannya yang masing-masing berdepan kerugian RM4,570 hingga RM8,000 dalam tempoh 14 hari.
Kesalahan itu dilakukan di Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Melaka sekitar 4 Jun 2012 hingga 12 November 2012 lalu.
Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Jamlee yang yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan tidak menyempurnakan pakej umrah yang diamanahkan pada 2012 lalu, bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah pada hari perbicaraan kes berkenaan hari ini.
Mohd Firdaus pada penghakimannya hari ini mengarahkan Jamlee membayar saman sebanyak RM500 serta penjara lima hari jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Sallim Wahid.
Astro Awani
Tue Sep 05 2017
Mahkamah mengarahkan Jamlee membayar saman sebanyak RM500 serta penjara lima hari jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan. - Gambar hiasan
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Negeri Sembilan sasar kedatangan lapan juta pelancong tahun ini
Negeri Sembilan menyasarkan kedatangan lapan juta pelancong ke negeri ini dengan mengatur lebih 50 acara pelancongan tahun ini.
Ketibaan pelancong China ke Thailand lebih rendah berbanding sasaran
Jumlah pelawat China yang mengunjungi Thailand dalam empat bulan pertama tahun ini dilihat lebih rendah berbanding jangkaan.
Polis KL lengkapkan kertas siasatan kes penipuan visa haji furada
Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan keputusan tindakan lanjut.
Ejen pelancongan didakwa guna dokumen palsu bernilai lebih RM22 juta
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Ejen pelancongan rugi berganda susulan COVID-19
MATTA meminta pembekal perkhidmatan pelancongan, terutamanya syarikat penerbangan dan hotel, mengenepikan caj pembatalan biasa, bagi mengelakkan ejen pelancongan mengalami kerugian.
Sabah harap permohonan pindah kuasa lesen pelancongan akan berhasil
MOTAC berkata penyerahan kuasa kepada negeri belum dapat dilaksanakan, memandangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam rundingan.
Polis kerjasama dengan Interpol cari individu hina PM, IGP di Twitter - Huzir
Unsur penghinaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hamid Bador itu mula dikesan pada 14 Oktober lalu.
Thomas Cook yang muflis tidak beri kesan kepada pelancong Malaysia
Kurang daripada lima peratus ejen pelancongan di negara ini yang menggunakan khidmat syarikat Thomas Cook.
Juruteknik 'kempunan' percutian RM28,510 ke Rom
Hasrat seorang juruteknik untuk melancong ke Rom, Itali tidak kesampaian selepas dia dipercayai diperdayakan pemilik syarikat pelancongan yang dikenalinya sejak dua tahun lepas.