KUALA LUMPUR: Malaysia optimis bahawa pemulihan ekonomi akan terus berdaya tahan pada suku ketiga 2022 namun masih terdedah kepada risiko luaran dan tekanan menurun selepas merekodkan prestasi memberangsangkan pada suku pertama, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ini berasaskan indikator daripada indeks pelopor yang meningkat sebanyak 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 111.3 mata sekali gus menunjukkan prestasi yang lebih baik dan menggalakkan dalam ekonomi Malaysia.
"Selain itu, Statistik Kecenderungan Perniagaan memperihalkan bahawa sentimen perniagaan kekal positif pada suku kedua 2022, manakala untuk enam bulan akan datang, sentimen peniaga optimistik terhadap prospek perniagaan mereka," katanya dalam kenyataan bagi mengulas Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 5/2022 yang dikeluarkan DOSM pada Jumaat.
Mengulas senario sosioekonomi semasa, beliau berkata kebanyakan negara telah mencatatkan prestasi yang lebih baik pada suku pertama 2022 yang menunjukkan pemulihan ekonomi sedang berlaku meskipun berhadapan pelbagai krisis global berterusan yang menyebabkan gangguan dalam rantaian bekalan, tekanan inflasi dan desakan untuk mengetatkan dasar monetari.
Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat merekodkan pengembangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan trend yang sama turut berlaku di rantau Asia melibatkan negara seperti China, Korea Selatan, Filipina dan Thailand, katanya.
"Bagi Malaysia, KDNK berkembang lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022 selepas mencatatkan pertumbuhan 3.6 peratus pada suku sebelumnya," katanya.
Beliau berkata beberapa petunjuk ekonomi utama negara mencatatkan trajektori positif pada suku pertama 2022.
Melihat kepada sektor luaran, imbangan akaun semasa kekal mencatatkan lebihan pada RM3.0 bilion, terutama disokong oleh eksport bersih akaun barangan, katanya.
Ketua Perangkawan berkata prestasi pelaburan juga bertambah baik dengan pelaburan langsung asing (FDI) merekodkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi sebanyak RM24.4 bilion manakala pelaburan langsung di luar negara mencatatkan aliran keluar bersih yang lebih rendah sebanyak RM3.6 bilion.
Beliau berkata perdagangan terus merekodkan prestasi kukuh di mana jumlah dagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 23.6 peratus kepada jumlah RM624.9 bilion.
"Petunjuk ekonomi utama lain turut mencatatkan peningkatan pada suku tahun ini. Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 4.5 peratus manakala indeks volum perkhidmatan tumbuh 7.1 peratus.
"Selari dengan perkembangan ekonomi pada suku pertama 2022, bilangan pekerja meningkat 2.2 peratus kepada 15.57 juta orang manakala kadar pengangguran menurun kepada 4.1 peratus dengan mencatatkan bilangan penganggur seramai 671.2 ribu orang.
Dari segi prestasi pada Mac 2022, Mohd Uzir berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian mencatatkan pertumbuhan 5.1 peratus berbanding dengan Mac 2021, disokong oleh indeks pembuatan yang meningkat 6.9 peratus dipacu oleh output berorientasikan eksport dan domestik.
Nilai jualan sektor pembuatan meningkat sebanyak 13.9 peratus kepada RM144.6 bilion, katanya.
Beliau berkata bagi segmen harga, Indeks Harga Pengguna (IHP) kekal melebihi purata inflasi Malaysia bagi tempoh 2011 hingga Mac 2022 (1.9 peratus).
"IHP bagi Mac meningkat 2.2 peratus tahun ke tahun terutama disebabkan oleh kenaikan dalam kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol.
"Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi pengeluaran tempatan juga mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.6 peratus berbanding 9.7 peratus pada Februari 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ini berasaskan indikator daripada indeks pelopor yang meningkat sebanyak 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 111.3 mata. - Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.