awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksekutif wanita rugi RM428,000 dijerat 'jurutera petroleum'

Sinar Harian
Sinar Harian
02/08/2022
23:30 MYT
Eksekutif wanita rugi RM428,000 dijerat 'jurutera petroleum'
Perkenalan itu kemudian berterusan melalui aplikasi WhatsApp suspek yang menggunakan nombor telefon antarabangsa. -Gambar hiasan
PETALING JAYA: Seorang wanita kerugian RM428,000 akibat terlalu percaya dengan 'kekasih' mayanya di media sosial yang mendakwa bekerja sebagai jurutera petroleum.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang bekerja sebagai eksekutif akaun berusia 41 tahun itu mendakwa telah berkenalan dengan suspek lelaki warga asing di Facebook pada Ogos 2021.
Menurutnya, perkenalan itu kemudian berterusan melalui aplikasi WhatsApp suspek yang menggunakan nombor telefon antarabangsa.
"Sepanjang tempoh perkenalan itu, mangsa langsung tidak pernah berjumpa dan suspek telah meyakinkan bahawa dia bekerja sebagai seorang jurutera petroleum yang mempunyai syarikat petroleum di Singapura.
"Pada bulan Oktober, suspek telah mengatakan syarikatnya mempunyai masalah kewangan lalu meminta pertolongan daripada mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa kemudian memasukkan wang berjumlah RM5,000 ke dalam akaun yang diberikan suspek.
Katanya, disebabkan atas dasar percaya, mangsa telah membuat 47 kali transaksi pembayaran berjumlah RM428,000 ke dalam empat akaun bank berbeza.
"Mangsa sedar ditipu apabila memaklumkan perkara itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan polis pada Isnin," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati dengan setiap perkenalan dalam talian dan tidak terpedaya dengan janji manis sahabat alam maya itu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#love scam
#kekasih maya
#rugi RM428000
#jurutera petroleum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan