KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat mengharungi cabaran ekspedisi buat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengetuai Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang bermula hari ini.
Penglibatan Tengku Hassanal dalam Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang sejauh 400 kilometer (km) itu sekali gus melakar sejarah bagi Keluarga Diraja di Pahang akan kegemilangan Sungai Pahang sebagai pengangkutan utama sejak zaman dahulu.
Baginda berdua bertitah agar Tengku Hassanal menitikberatkan aspek keselamatan dengan sentiasa berwaspada sepanjang ekspedisi tersebut termasuk menjaga kesihatan dengan baik.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menitahkan supaya anakandanya sentiasa mendampingi dan menyantuni rakyat jelata.
"Bertanya khabar dan melihat sendiri bagaimana rakyat jelata menjalani kehidupan seharian. Mana yang boleh dibantu, harus diberi keutamaan.
"Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang ini sebenarnya mengimbau kembali sejarah paduka nenda, Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah yang memudik Sungai Pahang untuk ke Perak bagi meminang Tengku Ampuan Besar, Raja Fatimah Almarhum Sultan Sir Iskandar Shah Kadasullah ketika itu," titah baginda berdua dalam satu kenyataan semalam.
Ekspedisi selama empat hari itu bermula di Pekan dan berakhir di Tanjung Gahai, Lipis menggunakan bot atau perahu kajang yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pengangkutan awam penduduk menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan.
Baginda berdua mendoakan ekspedisi ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan sekali gus dapat membuka ruang kepada Tengku Hassanal untuk menghayati keindahan alam.
Selain itu, dapat mengimbau sejarah dan warisan kegemilangan sungai Pahang serta menyantuni rakyat jelata di sepanjang Sungai Pahang.
Baginda berdua bertitah, Sultan Abu Bakar di zaman pemerintahannya sememangnya terkenal sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat.
Titah baginda berdua lagi, salah satu aktiviti tahunan baginda semasa hayatnya ialah menyusuri Sungai Pahang dan Sungai Tembeling untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat jelata di seluruh negeri Pahang.
"Gambaran mengenai kembara itu ada dikisahkan oleh seorang penulis Inggeris bernama Peter Moss. Beliau dan Duta Besar Pakistan ke Malaya telah dijemput untuk turut serta dalam rombongan kembara Sultan Abu Bakar melawat ke pelosok kampung di sepanjang Sungai Pahang dengan menaiki perahu panjang pada Mei 1960.
"Buku bertajuk 'Distant Archipelagos: Memories of Malaya' dalam bab 'A Regal Progress' menceritakan pengalaman menyusuri Sungai Pahang bermula di Kuala Lipis iaitu pertemuan Sungai Lipis dan Sungai Jelai sehingga ke Kuala Tahan. Rombongan Sultan Abu Bakar disambut penuh meriah oleh penduduk kampung yang berada di sepanjang sungai," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertitah, di setiap kampung yang dilawati, Sultan Abu Bakar memeriksa dan bertanya keadaan sekolah serta klinik kesihatan, selain pertemuan bersama ketua kampung, imam dan pegawai-pegawai kerajaan.
Ini disusuli dengan jamuan kenduri secara besar-besaran dan pertunjukan acara serta tarian Mak Inang dan joget di atas pentas yang dibina khusus untuk menyambut rombongan diraja.
Antara kampung yang dilawati ialah Kampung Bantal dan Kampung Pagi selain beberapa perkampungan pesisir sungai lain di kawasan Taman Negara Kuala Tahan dan Kuala Tembeling.
Begitu juga dengan Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah yang memerintah Pahang bagi tempoh 33 tahun iaitu dari 16 Ogos 1881 hingga 9 Mei 1914.
Baginda menjelajah seluruh negeri Pahang menerusi Sungai Pahang dan menaiki gajah.
Bagi peserta Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 yang membabitkan enam daerah iaitu Pekan, Maran, Bera, Temerloh, Jerantut dan Lipis dinasihatkan mengutamakan aspek keselamatan dengan memastikan semua kelengkapan termasuk bot berada dalam keadaan baik.
Pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang mesti dalam keadaan siap siaga dan bersedia berdepan dalam apa juga cabaran dalam menjayakan ekspedisi ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 03 2024
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan ekspedisi berjalan lancar dan dipermudahkan, sekali gus dapat membuka ruang kepada Tengku Hassanal untuk menghayati keindahan alam. - Foto Facebook Kesultanan Pahang
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Mayat lelaki hilang ditemui di Sungai Pahang
Mayat Mahadir Abd Hamid, 49, ditemui kira-kira jam 8 malam di kawasan Pulau Che Abas, Kampung Pulau Jawa.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Santai berbuka puasa tepi Sungai Pahang
Lokasi berkenaan yang berhampiran Bazar Ramadan Lurah Semantan memberikan kemudahan untuk pengunjung mendapatkan menu kegemaran.
Ekspedisi mudik Sungai Pahang, Tengku Hassanal lakar sejarah Keluarga DiRaja Pahang
Ia melakar sejarah bagi Keluarga Diraja di Pahang akan kegemilangan Sungai Pahang sebagai pengangkutan utama sejak zaman dahulu.
Buru 'harta karun' di Sungai Pahang
Catatan sejarah pernah merekodkan Sungai Pahang pernah menjadi antara laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu.
Mayat mangsa lemas di Sungai Pahang ditemukan
Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung pada jarak 900 meter dari lokasi kejadian di Pulau Kening.
Ikan baung ekor merah agresif, ancam habitat sungai tempatan
Ikan baung ekor merah atau Baung Mekong' ini mula dikesan di sungai-sungai di Pahang sejak 5 tahun lalu.
Pengusaha ikan sangkar kerugian akibat sungai cetek
Mereka tidak dapat menternak ikan sepenuhnya dan kira-kira separuh dari jumlah sangkar itu ada yang rosak dan tersadai di tebing sungai.
Banjir: Hilang RM66,000 sekelip mata, 6,000 ekor ikan Patin mati di Sungai Pahang
Dugaan yang dihadapinya apabila 6,000 ekor ikan Patin sangkar belaannya mati akibat air kotor yang dibawa ke Sungai Pahang.