ALOR SETAR: Bahagian Perancang Ekononomi Negeri (BPEN) Kedah telah menyiapkan kertas cadangan bagi proses permohonan mengeksport daun ketum secara sah ke Thailand khusus bagi tujuan perubatan.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan kertas cadangan itu akan diperhalusi dan dibincangkan bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah sebelum diserahkan ke peringkat Pusat.
Menurutnya, cadangan mengeksport daun ketum ke negara itu bukan bertujuan untuk menggalakkan penanaman ketum di Kedah sebaliknya bagi mengatasi masalah membabitkan penyeludupan.
Katanya, dakwaan sesetengah pihak bahawa ketum kini ditanam secara besar-besaran di Kedah juga bukan satu perkara baharu memandangkan tidak menjadi kesalahan bagi aktiviti penanaman daun itu.
"Saya bukan suruh tanam (ketum), (cadangan) saya suruh eksport yang sedia ada, yang sedia ada pun banyak dan sedang diseludup, jadi selesaikan isu penyeludupan dengan benarkan eksport itu.
"Tanam ini saya ingat banyak sangat, boleh pergi bawak dron tengok di beberapa daerah, ada jumlah pokok yang dibilang (dibuat kiraan) oleh Jabatan Pertanian, AADK, mereka anggar jumlah pokok, beratus ribu pokok ada (di Kedah).
"(Proses) tanam tak salah... itu masalah dia... kutip salah. Jadi nasihat saya, tak payah tanam lagi, yang eksport (fokus kepada) yang sedia ada cukup dah, kalau dibenarkan.
"(Sebenarnya) kebenaran bukan ada di kita (diputuskan kerajaan Kedah), kita nak mohon kalau kerajaan (Pusat) mempertimbangkan, kebenaran eksport dengan nas dan dalil yang kita bangkitkan dalam kertas itu bolehlah buat, kalau kerajaan kata no way, no way-lah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Sanusi turut menasihati orang ramai terutama rakyat di negeri Kedah untuk tidak terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan ketum.
"Jangan salah guna, gunalah untuk perubatan, yang ditemui berdasarkan kajian saintifik. Dulu-dulu tak ada kajian saintifik, orang tua-tua buat ubat cacing, anak-anak (yang ada) cacing, (atau) yang kembung perut, dia tak minum, dia tempek di perut, keluar cacing, kalau agak degil barulah dia tumbuk letak pinang, (kemudian) lumur di perut atau rebus bagi minum, keluar cacing kerawit, cacing gelang semua keluar.
"Tetapi jangan yang tidak ada cacing (pun) pergi minum air (ketum) itu, takkan semua jadi (penyakit) cacing, tua pun ada cacing lagi, jadi (untuk) peminum ketum tegar, jangan jadi penyakit cacing," katanya.
Mac lalu, Sanusi menyatakan bahawa kerajaan negeri berharap agar kerajaan Persekutuan membenarkan Kedah menjadi pengeksport daun ketum yang sah ke negara Thailand terutama bagi tujuan perubatan.
Menurutnya, tindakan itu akan memberi manfaat kepada banyak pihak terutama kerajaan melalui kutipan cukai daripada aktiviti mengeksport daun ketum.
Abd Hadi Che Awang
Wed May 18 2022
Muhammad Sanusi berkata, cadangan mengeksport daun ketum ke Thailand bukannya bertujuan untuk menggalakkan penanaman ketum di Kedah sebaliknya bagi mengatasi masalah membabitkan penyeludupan. - Gambar fail
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Eksport ketum: BPEN Kedah telah siapkan kertas cadangan - MB
Bahagian Perancang Ekononomi Negeri (BPEN) Kedah telah menyiapkan kertas cadangan bagi proses permohonan mengeksport daun ketum secara sah ke Thailand khusus bagi tujuan perubatan.