Media perlu menunggu laporan penuh pasukan penyiasat diketuai Belanda tentang tragedi MH17 dan usah sekali-kali membuat laporan berdasarkan spekulasi pihak yang mengaku sebagai 'sumber', kata Duta Besar Ukraine di Malaysia Ihor Humennyi.
Beliau berkata perkara itu penting bagi mengelak timbul kekeliruan dalam kalangan orang ramai dan mengganggu penyiasatan terhadap tragedi itu yang bersifat sensitif dan serius.
"Setakat ini, penyiasatan yang dijalankan bersifat rahsia. Walaupun wartawan ingin segera membuat laporan, tetapi dalam kes MH17, mereka perlu tunggu dulu.
"Kerajaan Malaysia sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan terkini penyiasatan itu, tetapi oleh kerana ia masih dijalankan, kandungannya tidak boleh dikeluarkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ditanya sama ada Malaysia sepatutnya diberi peranan dalam pasukan penyiasat bersama itu, Humennyi berkata secara peribadi, beliau percaya Malaysia patut menjadi sebahagian daripada pasukan itu.
Selain Belanda, pasukan penyiasat bersama itu dianggotai Belgium, Ukraine dan Australia.
Ketua Polis Negara (KPN) dan Peguam Negara (AG) akan ke Belanda pada 3 Disember untuk membincangkan, antara lain, peranan Malaysia dalam pasukan itu.
Humennyi berkata beliau gembira dengan perkembangan positif siasatan itu, walaupun percaya ia merupakan suatu proses panjang.
Katanya usaha mengeluarkan serpihan pesawat MH17 dan cebisan mayat mangsa dari tempat nahas di Hrabove perlu dipercepatkan kerana perubahan cuaca bulan depan mungkin melumpuhkan keseluruhan proses mengumpul bukti.
"Baguslah apabila pasukan penyiasat diketuai Belanda mencapai persetujuan dengan puak pemisah untuk membolehkan mereka memasuki tapak nahas.
"Bagaimanapun, apabila salji bermula, tanah menjadi beku dan susah untuk mengeluarkan suatu apa pun," katanya.
Menurut laman web kerajaan Belanda, walaupun lebih banyak serpihan pesawat MH17 dikesan dan cebisan tubuh manusia dijumpai pada 17 Nov, tetapi keadaan keselamatan di kawasan itu terus berbahaya.
Penerbangan MH17 bersama 298 penumpang dan anak kapal sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Amsterdam apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Sebanyak 44 rakyat Malaysia menaiki pesawat Boeing 777-200ER itu.
Bernama
Fri Nov 21 2014
Media perlu menunggu laporan penuh pasukan penyiasat diketuai Belanda tentang tragedi MH17. -Gambar fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.
Tempoh kuarantin bagi pengembara dikurangkan lima hari - Khairy
Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR perlu dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.
Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Badan kehakiman wajib dilihat bebas, tidak dipengaruhi - Penganalisis
Pelantikan Peguam Negara yang diamalkan sebelum ini memberi persepsi bahawa ada perana Perdana Menteri di dalamnya.
Najib akan failkan saman fitnah terhadap Tommy Thomas, penerbit - Peguam
Perkara itu disahkan oleh peguam bekas perdana menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Wilayah Victoria catat penurunan kes COVID-19
Brett bagaimanapun berkata, penularan wabak itu mungkin akan bertambah buruk tidak dibendung.
Inkues Adib: Tiada siapa bangkitkan isu Syazlin sebelum ini - Zuraida
Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin Mansor sebelum ini dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan
Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya turut mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Tommy.
Ismail Sabri desak AG letak jawatan
Naib Presiden UMNO itu berkata, banyak pihak terkejut apabila Tommy mengumumkan kos guaman kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta daripada keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta.