awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak dapatkan nasihat, letak harapan kepada bomoh - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
27/07/2024
10:01 MYT
Elak dapatkan nasihat, letak harapan kepada bomoh - Mohd Na'im
Mohd Na'im bercakap ketika sidang media selepas Majlis Peluncuran Program Santuni MADANI Kampung Angkat YB Menteri di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan mengelak daripada mendapatkan nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata umat Islam sepatutnya meletakkan segala harapan serta kebergantungan kepada Allah SWT.
"Kita mahu lahirkan masyarakat MADANI dan umat Islam yang meletakkan segala harapan serta kebergantungan kepada Allah SWT...Allah sahajalah tempat kita mengadu nasib apabila menghadapi kesusahan.
"Elakkan diri daripada mendapat nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh sebab kalau silap langkah, ia akan melibatkan soal akidah dan dibimbangi termasuk dalam golongan yang melakukan perbuatan syirik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Santuni MADANI: Mini Karnival Kampung Angkat MADANI di Kampung Baru di sini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sebelum ini, media melaporkan ibu kepada Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia akibat dibuli dan didera tujuh tahun lepas, meluahkan rasa kesal terhadap bomoh didakwa menjadi punca kepada kes itu.
Dalam kejadian itu, nama Allahyarham dilapor telah disebut seorang bomoh kononnya terlibat dalam kes kehilangan komputer riba milik salah seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyebabkan mangsa dipukul beramai-ramai.
Selasa lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#elak dapatkan nasihat bomoh
#Mohd Na'im Mokhtar
#Zulfarhan Osman Zulkarnain
#UPNM
#syirik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan