KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan penjaga disarankan agar tidak mendedahkan anak mereka dengan penggunaan gajet sebelum berusia dua tahun, kata Pakar Oftalmologi Pediatrik dari Pusat Perubatan Sunway (SMC), Dr Chin Pik Kee.
Chin berkata, selepas mencapai umur berkenaan, barulah kanak-kanak itu boleh dibenarkan melakukan aktiviti menggunakan gajet bersama ibu bapa atau penjaga dan bukannya secara bersendirian atau tanpa pengawasan.
Katanya, ini berikutan berlaku peningkatan masalah rabun dalam kalangan kanak-kanak terutama semasa pandemik apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan sesi persekolahan dijalankan secara dalam talian hingga mencetuskan kebimbangan.
"Selain genetik, rabun juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pembangunan masyarakat luar bandar dan gaya hidup moden. Perubahan ini menyebabkan kegiatan seharian kini beralih kepada aktiviti di dalam rumah dan pertambahan masa melakukan perbuatan dengan jarak kerja dekat," katanya dalam kenyataan.
Untuk itu, beliau mencadangkan bagi kanak-kanak berusia 10 tahun, masa skrin rekreasi dihadkan kepada maksimum dua jam sehari dan diselang-seli dengan waktu berehat.
Menurutnya, ia penting kerana kanak-kanak memerlukan masa untuk bermain dengan kreatif, melakukan aktiviti fizikal serta meluangkan masa di luar rumah kerana kesemua elemen ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan holistik kanak-kanak.
Selain itu, Dr Chin berkata, kajian juga menunjukkan masa di luar rumah merupakan faktor penting untuk pertumbuhan mata yang normal sewaktu zaman kanak-kanak.
"Kanak-kanak yang menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam di luar rumah setiap hari kurang cenderung untuk mengalami miopia (rabun jauh). Sekiranya perlu memakai cermin mata, ia mungkin berlaku apabila usia mereka semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata, sesetengah kejadian rabun jauh mungkin tidak dapat dielakkan, misalnya disebabkan penggunaan komputer atau "tablet" untuk kelas dan kerja sekolah.
Bagaimanapun, katanya, terdapat cara untuk membantu mengurangkan simptom dengan menerapkan tabiat yang baik dalam kalangan kanak-kanak, ia termasuk mengalihkan pandangan daripada skrin serta melihat sesuatu objek yang berada pada jarak jauh setiap 20 minit.
Selain itu, katanya, antara langkah lain yang boleh dilakukan mengedipkan mata dengan kerap, duduk dengan postur yang baik serta berehat seketika pada selang masa yang tetap, dan sekiranya kanak-kanak sudah menghabiskan masa yang banyak di hadapan skrin untuk belajar, wajar mengurangkan masa skrin sewaktu santai.
Pada masa sama, antara langkah proaktif lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah melakukan pemeriksaan mata untuk anak-anak, membekalkan mereka dengan diet yang sihat dan seimbang, serta pendidikan tentang keselamatan mata dan pencegahan kecederaan mata daripada objek tajam mahupun haiwan peliharaan.
Dr Chin turut mengingatkan pengambilan suplemen tidak mampu meningkatkan penglihatan jika seseorang itu tidak mengalami sebarang defisiensi, sebaliknya pengambilan vitamin tertentu secara berlebihan boleh mendatangkan bahaya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Kanak-kanak memerlukan masa untuk bermain dengan kreatif, melakukan aktiviti fizikal serta meluangkan masa di luar rumah. - Gambar hiasan
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
Siri OPPO Reno11 5G - Pakar Potret, rekaan elegan
Paduan keanggunan dan gaya bersama Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas yang menjanjikan prestasi dan pengalaman terunggul.
Elak dedah kanak-kanak guna gajet sebelum usia dua tahun - Pakar
Selain genetik, rabun juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pembangunan masyarakat luar bandar dan gaya hidup moden.
Elak gajet, kerap buat aktiviti bersama anak
Ibu bapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak.
Gejala kanak-kanak lambat bercakap meningkat, keterdedahan peranti antara punca - Pakar
Ini adalah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ibu bapa terutama membabitkan anak berusia bawah 18 bulan.
Jangan biarkan anak ralit, 'screen time' ada hadnya
Biarlah orang kata kita mak ayah yang tidak percayakan anak asalkan kita tidak menyesal di kemudian hari.
Tip kawal anak daripada ketagih pada gajet
Sukar untuk memisahkan anak dengan gajet membuatkan ibu bapa pening kepala memikirkannya.
Industri fesyen berkembang lebih maju ketika PKP dengan e-dagang
Penerokaan platform ekonomi digital atau e-dagang menjadi batu loncatan untuk membolehkan industri fesyen dapat bertahan serta berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19.
COVID-19 tidak halang pembuat wau Kelantan terima tempahan
Meskipun negara masih dilanda pandemik COVID-19 namun ia tidak menghalang sekumpulan anak muda dari Kampung Sireh, untuk meneruskan minat dalam seni pembuatan wau.
Samsung perkenal Galaxy A52 dan A72 yang mampu milik
Ia didatangi dengan empat pilihan warna iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black dan Awesome White.