Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan antara kejayaan paling besar dicapai negara sepanjang tahun ini ialah berjaya melindungi negara dan rakyat daripada krisis kewangan dunia.
Perdana Menteri berkata kejayaan itu bukan sesuatu yang kecil pencapaiannya kerana banyak negara lain di dunia berada dalam keadaan tidak menentu dan ekonomi yang merudum, namun Malaysia sebaliknya berjaya mencapai kadar pertumbuhan sederhana tinggi.
"Bukan itu sahaja, banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa telah diperoleh...kerana dalam keadaan dunia menghadapi faktor luaran yang begitu mencengkam, kita telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang membanggakan.
"Di samping itu proses pembangunan negara, pembelaan rakyat, sosioekonomi dan agenda transformasi negara berjalan dengan licin dan berkesan," katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.
Najib berkata kejayaan negara juga jelas dapat dilihat apabila beliau mewakili sebuah negara yang berjaya menyampaikan ucapan pada forum dan persidangan besar dunia.
"Kesimpulannya, itulah kejayaan besar yang boleh sama-sama kita merasa bangga kerana kejayaan itu bukan kejayaan saya seorang sahaja, tetapi kejayaan kita secara kolektif," katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para pegawai kerana telah membantu kerajaan untuk mencapai kejayaan yang diiktiraf dunia dan berharap agar momentum tersebut akan berterusan.
Pada masa sama, beliau berharap apa yang berlaku di Palestin dapat dijadikan pengajaran dan iktibar kerana menurut Najib jika keamanan dan kestabilan negara tidak dipelihara dengan baik, negara mungkin kehilangan segala-galanya.
"Kita bukan sahaja tidak dapat melakukan sebarang kemajuan, pembangunan dan pembaharuan, malah apa yang telah dikecapi dan dibina selama ini mungkin akan pupus.
"Membina kekuatan untuk menghadapi musuh yang diketahui atau tidak, juga diperlukan, kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan negara dan rakyat menjadi mangsa kepada musuh yang tidak senang pada kita atau mempunyai cita-cita untuk menakluki ataupun menguasai kita," katanya yang turut melancarkan Tabung Tangisan Gaza peringkat JPM.
Selain itu, Perdana Menteri berkata dalam percaturan politik antarabangsa pengaruh sesebuah negara itu bergantung kepada tanggapan negara lain terhadap kejayaan negara tersebut.
"Jika inginkan profil yang lebih tinggi, dihormati serta disegani oleh negara lain, perlu menunjukkan dan memaparkan bahawa Malaysia sebuah negara yang berjaya dan semakin berjaya," katanya.
Bernama
Mon Dec 03 2012
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan.
JPM, KKD bincang penubuhan pasukan petugas untuk bendung penipuan dalam talian - Fahmi
Fahmi berkata ini adalah antara langkah bagi menghentikan sepenuhnya penipuan komersial yang semakin meningkat susulan kemajuan dalam teknologi digital dan memerangi penipu.
JPM Hal Ehwal Agama, HGIM jalin kerjasama dalam pembangunan kefahaman Islam
Ia bagi memperkasakan hal ehwal Islam di Malaysia dalam aspek pembangunan fitrah, budaya kesederhanaan Islam dan nilai wasatiyyah.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
Kenyataan media dakwa Zulkapli disiasat adalah palsu - JPM
Kenyataan media bertajuk 'Siasatan Ke Atas Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam' yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri adalah palsu.
Anwar hadir majlis Madani Aidilfitri JPM, sambutan hari raya KKM
Anwar meluangkan masa hampir sejam pada majlis itu dan sempat beramah mesra dengan kira-kira 3,000 penjawat awam daripada agensi dan jabatan di bawah JPM.
Poster tular 'Kredit Shopee RM400' palsu - JPM
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini, JPM menegaskan bahawa poster berkenaan adalah palsu.
PM seru kakitangan awam bawa perubahan pada negara
Ujar Anwar Ibrahim, matlamat itu mungkin sukar dicapai sekiranya tidak menerima kerjasama daripada semua pihak.
Tarekat: Ahmad Marzuk perlu guna saluran betul - NGO
Datuk Ahmad Marzuk Shaary diingatkan agar menggunakan saluran yang betul apabila memberikan pendapat peribadi mengenai tarekat dan tasawuf.
100 hari: Empat program JPM Hal Ehwal Agama lepasi sasaran KPI - Idris Ahmad
Program Musa'adah Tijariyyah 2.0 MAIWP merupakan antara empat program penanda aras pencapaian kejayaan JPM Hal Ehwal Agama dalam AKM.