KUALA LUMPUR: Pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dibuat selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
Anwar menjelaskan, beliau mahu mengambil sedikit masa untuk memilih pengganti Salahuddin berikutan tugasan dan hal ehwal di KPDN dilihat tidak terjejas ketika ini.
"Belum (pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), biar lepas PRN. Kemudian bagi masa saya fikir.
"Sementara ini Armizan diberikan tanggungjawab memantau dan menjalankan tugas dan Fuziah selaku Timbalan Menteri pun dah faham betul tugasan di KPDN, jadi boleh jalan.
"Saya bincang nampak tidak ada gangguan tentang urusan kementerian. Saya minta juga Armizan tumpu agak lebih sikit di kementerian dan Fuziah akan bantu.
"Ketua Setiausaha KPDN juga ada. Saya fikir boleh. Saya tidak fikir terlalu lama (melantik menteri yang baharu)," katanya selepas Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu, susulan kematian Salahuddin minggu lalu.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, minggu lalu ketika dirawat di unit rawatan rapi.
Beliau yang memulakan inisiatif Rahmah, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB pada 21 Julai lalu untuk rawatan kecemasan selepas mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum pemeriksaan doktor pakar mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak.
Beliau kemudiannya menjalani pembedahan pada hari berikutnya, sebelum ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB.
Irwan Muhammad Zain
Sun Jul 30 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus tiba pada program Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Plaza Pavillion Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Atlet perlu berjiwa besar raih kejayaan di Paris - Hannah
Komitmen Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris perlu ada dalam jiwa setiap atlet negara lain yang layak.
Angka kematian akibat banjir di Afghanistan meningkat
Kematian tersebut dilaporkan ketika pihak berkuasa negara itu mengisytiharkan darurat dan bergegas menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera.
Asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar, 10 pelajar nyaris maut
Sepuluh pelajar lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu di sini nyaris maut selepas asrama didiami mereka terlibat dalam kebakaran awal pagi Ahad.
Disiplin anak-anak jadi jadi cabaran utama kepada golongan ibu
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu, masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi golongan ibu ketika ini.
Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan
Momentum semangat untuk menyambut temasya Olimpik Paris 2024 sedikit terganggu gara-gara disebabkan kawah obor yang gagal menyala sebaik tamatnya fasa larian.
22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas banjir landa Sumatera Barat
Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan.
Kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu bukti kerjasama erat parti dalam PH - Fadillah
Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam merupakan bukti kerjasama erat parti-parti dalam komponen itu.
'UMNO tak akan tenggelam dalam lipatan sejarah' - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersumpah dan tekad untuk memastikan parti itu tidak akan tenggelam dalam lipatan sejarah.
Penjawat awam rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam'atau penipuan melalui panggilan telefon,
Polis Israel lerai penunjuk perasaan anti-kerajaan
Polis Israel menolak dan menyembur penunjuk perasaan dengan meriam air semasa protes anti-kerajaan di Tel Aviv pada Sabtu.
Penunjuk perasaan menuntut tamatnya perang untuk membebaskan tebusan dan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak mahu mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, termasuk pembebasan tebusan.
Penunjuk perasaan menuntut tamatnya perang untuk membebaskan tebusan dan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak mahu mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, termasuk pembebasan tebusan.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PM Anwar lawat Qatar mulai Ahad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei.
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.