KOTA KINABALU: Empat dimensi utama akan menjadi ukuran dalam memastikan sekuriti makanan negara mampu bertahan dalam jangka masa yang lama.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata dimensi itu adalah ketersediaan, akses, keselamatan makanan dan nutrisi, sumber semula jadi dan kemampanan.
"Usaha untuk menangani sekuriti makanan merupakan satu usaha yang berterusan dan kita harus mempunyai kemampuan mengeluarkan keperluan makanan di negara ini.
"Kita cuma mengimport barang-barang yang tidak dikeluarkan (atau tidak mencukupi) di negara, sebab itu pelbagai usaha dijalankan oleh kementerian serta agensi untuk meningkatkan tahap sara diri pengeluaran produk makanan di negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Street Attack Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 zon Sabah di Tamu Jalan Gaya di sini hari ini.
Ronald berkata antara usaha berterusan yang dilaksanakan kementerian ketika ini termasuk mengurangkan kebergantungan sebanyak 30 peratus import beras dari luar negara.
Beliau berkata bekalan makanan di negara ini adalah stabil dan pelbagai usaha juga turut dijalankan melalui Dasar Agromakanan Negara 2.0 untuk menentukan ketersediaan makanan untuk rakyat di negara ini.
Dalam pada itu, Ronald berkata sebanyak 1,500 gerai pameran turut disediakan selain ruang perniagaan, ladang dan produk-produk usahawan dari setiap negeri dalam MAHA 2022 yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.
Katanya MAHA 2022 merupakan platform untuk peniaga bertemu peniaga dan peniaga bertemu pelanggan malah mampu menjana pendapatan usahawan yang terlibat dalam program yang akan berlangsung selama 11 hari bermula 4 Ogos depan.
Di samping itu, MAHA 2022 juga memberi penekanan kepada acara perdagangan danperniagaan bagi menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat swasta dalam dan luarnegara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022
Ronald berkata dimensi itu adalah ketersediaan, kebolehcapaian penggunaan, kestabilan dan kemampanan makanan. - Gambar/ Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Pesara maut, kereta dipandu terbabas akibat serangan jantung
Siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Lahat dan apabila sampai di tempat kejadian dia dipercayai mengalami serangan jantung.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Mohamad Sabu, Abang Johari bincang kerjasama sekuriti makanan negara
Mohamad Sabu dalam hantaran di Facebook berkata antara isu yang diberikan penekanan ialah perkara berkaitan pengairan untuk pertanian.
LKIM peruntuk lebih RM200 juta bina dan baik pulih rumah nelayan
LKIM memperuntukkan RM228.2 juta bagi membina dan membaik pulih rumah nelayan di seluruh negara menerusi PKPN sejak 2013 hingga September tahun ini.
Perubahan iklim dan pengasidan laut pembunuh senyap industri perikanan negara
Penurunan secara konsisten dari tahun ke tahun sepanjang tempoh 2020-2022 secara langsung mencerminkan ancaman ke atas sekuriti makanan negara.
Isu kos sara hidup antara fokus Belanjawan Johor 2024 - MB
Isu kos sara hidup merupakan antara perkara fokus yang bakal disentuh pada Belanjawan Johor 2024, yang bakal dibentang pada 23 Nov depan.
Beri tumpuan kepada jumlah penghasilan padi, sasar penuhi keperluan rakyat - Penyelidik ITAFoS
Malaysia perlu belajar daripada pengalaman Thailand yang memberi tumpuan kepada kuantiti penghasilan beras.
Sidang JKSMN ke-3 bahas penyelesaian krisis sekuriti makanan negara
Tiga kertas kerja telah dikaji kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran padi negara.
15,315 koperasi berdaftar di Malaysia, perolehan cecah RM45.5 bilion
Berdasarkan data Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sehingga 31 Disember 2022, jumlah keanggotaan koperasi melebihi 7.3 juta.
PPPNP tingkatkan pengeluaran daging lembu halal tempatan
Projek berstatus berimpak tinggi itu merupakan antara projek utama dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.
'Terus salur insentif pertanian kepada orang muda sehingga berjaya'
Pengasas Grasicili, Munir Ashim Abdullah, berpandangan kaedah untuk menjamin sekuriti makanan negara adalah dengan mengadaptasi pertanian skala besar yang memberi bantuan berterusan kepada bakat muda.
Teroka 'emas hitam' dalam pertanian demi jamin keselamatan makanan negara - Penganalisis
Ramana K. Naidu, ceritakan penerokaan'emas hitam' dalam dunia pertanian dan kaedah pertanian bersepadu dalam mendepani cabaran sekuriti makanan negara.