awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kes penyakit berjangkit, 444 jangkitan COVID-19 babitkan mangsa banjir

Eton Khir
Eton Khir
31/12/2021
11:35 MYT
Empat kes penyakit berjangkit, 444 jangkitan COVID-19 babitkan mangsa banjir
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga daripada kes itu berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sementara satu kes lagi adalah penyakit kulit.
KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan pada Jumaat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga daripada kes itu berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sementara satu kes lagi adalah penyakit kulit.
Selain itu, beliau turut memaklumkan sebanyak dua kes merupakan kes positif COVID-19 daripada 444 jumlah keseluruhan dalam kalangan mangsa banjir.
Setakat ini, kata beliau, terdapat 15 kes positif serta satu kluster namun tiada pertambahan kluster baharu dilaporkan pada hari ini di pusat pemindahan sementara (PPS).
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengadakan perkumpulan ramai di PPS serta memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir selain memastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan terkena air banjir.
"Elak bermain atau meredah air banjir, elak minum air serta makan makanan tercemar. Jaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor dan sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutama individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi.
"Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit," katanya.
Kenyataan Akhbar KPK 31 Disember 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia https://t.co/FHpOVryYka
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 31, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#mangsa banjir
#Noor Hisham Abdullah
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan