KUALA LUMPUR:Sebanyak empat kes kematian baharu direkodkan, kes baharu COVID-19 pula masih kekal empat angka.

Berikut tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 11 Januari (Isnin):

1. 2,232 kes baharu, kes keseluruhan kini 138,224 kes.

2. Empat kes kematian, keseluruhan kes kini 555 individu.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan menjadi 28,554 kes.

4. 187 kes sedang dirawat di ICU, 87 kes perlukan bantuan pernafasan.

5. KKM melaporkan pertambahan lapan kluster baharu.