PHILADELPHIA: Sekurang-kurangnya empat individu maut manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin malam.

Jabatan Polis Philadelphia mengesahkan seorang suspek, lelaki dewasa bersenjatakan senapang, telah ditahan.

Menurut The Philadelphia Inquirer, kejadian berlaku di Kingsessing pada kira-kira jam 8.30 malam.

Dua kanak-kanak antara yang ditembak namun keadaan mangsa tidak didedahkan polis.

Mangsa cedera juga telah dikejarkan ke Pusat Kesihatan Penn Presbyterian untuk rawatan lanjut.