awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
Tragedi lemas: Nor Baizura teruja ke pantai berkelah dengan keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pemimpin parti komponen GPS menghadap Agong Isnin depan

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
09/06/2021
04:18 MYT
Empat pemimpin parti komponen GPS menghadap Agong Isnin depan
Empat ketua parti komponen GPS dijadual menghadap Agong secara dalam talian pada Isnin, 14 Jun 2021, jam 11 pagi. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Empat presiden parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui persidangan video pada pukul 11 pagi Isnin kelak.
Pejabat Ketua Menteri (CMO) hari ini mengesahkan Istana Negara telah menghubungi mereka pada pagi Rabu untuk memaklumkan perkara tersebut.
“Kenyataan ini merujuk kepada pelbagai laporan di media bahawa Yang di-Pertuan Agong menjemput dan memberi penghadapan kepada para pemimpin parti politik.
“Sehubungan dengan itu, pejabat ini telah dihubungi oleh Istana Negara hari ini bahawa Yang Mulia YDP Agong telah menjemput dan memberikan khalayak kepada presiden parti komponen GPS melalui persidangan video dari pejabat ini pada hari Isnin, 14 Jun 2021 jam 11.00 pagi,” jelas kenyataan itu.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku Presiden GPS akan mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka akan menghadap Agong secara atas talian dari pejabatnya di Kuching bersama pemimpin lain.
GPS, Agong
Abang Johari selaku Presiden GPS akan mewakili PBB dijangka aka menghadap Agong secara atas talian bersama pemimpin-pemimpin lain di pejabatnya di Kuching. - Sumber foto GPS
Tiga lagi komponen parti GPS adalah Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan diwakili Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diwakili Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) yang diwakili Datuk Seri Tiong King Sing.
Sementara itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Rabu.
Beberapa siri pertemuan ketua-ketua parti politik dengan Al-Sultan Abdullah dijangka diadakan secara berasingan di Istana Negara bermula hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Menghadap Agong: Apa yang anda perlu tahu
Antara pemimpin yang telah mengesahkan kehadiran ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiausaha DAP, Lim Guan Eng, dan Presidan Amanah Mohammad Sabu.
BACA: Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Istana Negara
#Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#Muhyiddin Yassin
#Anwar Ibrahim
#Lim Guan Eng
#GPS
#PRS
#James Jemut Masing
#SUPP
#Dr Sim Kui Hian
#pdp
#Datuk Seri Tiong King Sing
#Ketua Menteri
#Kuching
#PKR
#DAP
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan