awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat rakan didakwa bunuh mak nyah

Bernama
Bernama
24/12/2018
07:49 MYT
Empat rakan didakwa bunuh mak nyah
Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang mak nyah di hadapan sebuah hotel di Bandar Bukit Tinggi 12 Dis lepas.Majistret Solehah Noratikah Ismail menetapkan sebutan semula kes pada 30 Jan. - fotoBERNAMAR
Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang mak nyah di hadapan sebuah hotel di sini, 12 Dis lepas.
Kesemua tertuduh iaitu Low Shi Haur, 21; Tan Khim Siang, 19, dan dua remaja berusia 16 serta 17 tahun mengangguk faham akan pertuduhan bersama dibacakan jurubahasa mahkamah.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail.Kesemua mereka bersama seorang yang masih bebas, didakwa membunuh mangsa, 32, di hadapan sebuah hotel di Bandar Bukit Tinggi di Klang, kira-kira 7 pagi, 12 Dis lepas.
Kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Idris manakala semua tertuduh masing-masing diwakili peguam Akmal Jusoh, M Varalehchumy dan G.Santiago.
Majistret kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 30 Jan depan dengan tidak membenarkan sebarang jaminan sebab mereka dituduh bagi kes bunuh.
Media sebelum ini melaporkan seorang mak nyah berasal dari Sabah parah selepas dibelasah menggunakan senjata tumpul di hadapan hotel berkenaan.
Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan oleh seorang pengawal keselamatan premis terbabit dan kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Susulan kes itu, polis menahan empat suspek berusia 16 hingga 21 tahun bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#bandar bukit tinggi
#bunuh
#Hospital Tengku Ampuan Rahimah
#HTAR
#low shi haur
#mak nyah
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#tan kim shiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan