awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat sekeluarga sesat daki Bukit Melati, ditemui selamat

Bernama
Bernama
07/11/2018
00:50 MYT
Empat sekeluarga sesat daki Bukit Melati, ditemui selamat
Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Gambar hiasan
Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang sesat selama kira-kira satu jam ketika mendaki Bukit Melati di Nilai dekat sini semalam, berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Raihan Che Mat berkata empat mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui kira-kira pukul 7.40 malam.
“Seramai tujuh anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian.
"Pasukan penyelamat mendapati kesemua mangsa gagal mencari jalan keluar dan dikhuatiri sesat selepas mendaki bukit berkenaan, namun sejam kemudian mereka ditemui selamat di lokasi 'check point' di Cobra Hill dan dibawa turun ke kaki bukit," katanya ketika dihubungi di sini.
Raihan berkata kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Bukit Melati
#Kanak-kanak
#keluarga
#mendaki
#nilai
#selamat
#sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan