KUALA LUMPUR: Empat mangsa cedera termasuk dua kanak-kanak dalam kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri 12 tingkat di Selayang pada Sabtu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian berlaku kira-kira jam 3.14 pagi di sebuah rumah tingkat satu pangsapuri terbabit.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

Dua mangsa iaitu wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan cedera dalam kejadian itu.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.