MALAYSIA
Empat termasuk suami isteri maut kemalangan di Rompin

Empat termasuk sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres. - Foto ihsan polis
Empat termasuk sepasang suami isteri maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer (KM) 131.20 Jalan Kuantan-Johor Bahru berdekatan Kuala Rompin di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azly Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu menyebabkan pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24 tahun, dan Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24 tahun, maut di tempat kejadian.
"Dua anak saudara mereka, Yasmin Afiqah Hazemi, 14, serta adiknya, Yasmin Aliah, 12, turut meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
"Namun pemandu bas ekspres berkenaan, Mohd Salleh Ghazali, 37, dan 30 penumpang tidak mengalami kecederaan, " katanya di sini hari ini.
"Bagaimanapun sampai dii tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres berkenaan yang menuju ke arah Kuantan," katanya.

Bas ekspres yang bertembung dengan kereta mangsa. - Foto ihsan PDRM
Beliau berkata, akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan berkenaan terseret sejauh 30 meter sebelum terjatuh ke dalam parit sebelan kanan jalan.
"Akibat kejadian itu, keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian manakala 30 penumpang dan pemandu lori tidak mengalami kecederaan. Kesemua mangsa sudah dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat," katanya.
Azly berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami