awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Washington kenakan sekatan ke atas pembantu Khamenei, tuduh terlibat kekerasan terhadap penunjuk perasaan
Eropah hantar tentera ketika Trump berkeras mahu kuasai Greenland
Filantropi harus berasaskan data, berorientasikan impak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam beranak dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi keluarga

Bernama
Bernama
06/07/2025
23:00 MYT
Enam beranak dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi keluarga
Kehilangan Mohd Azim Ezzat, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy serta empat anak mereka sudah dilaporkan di Balai Polis Jitra.
ALOR SETAR: Enam beranak termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak Sabtu lepas.
Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra.
Menurut adik kepada Mohd Azim Ezzat, Nur Adliah Shuhada, 20-an, abangnya sekeluarga datang bermalam di rumahnya seperti kebiasaan pada Jumaat.
"Saya sangka mereka dah pulang ke Jerlun sebab abang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan biasanya akan keluar awal pagi dan kakak ipar pula berniaga. Bila ibu mentua abang hubungi saya dan beritahu mereka tak sampai ke rumah, saya mula bimbang dan cuba hubungi mereka tapi gagal.
"Kemudian saya dapat maklumat mengenai sebuah kereta Proton Saga di dalam Sungai Korok (di Jitra), tetapi nombor pendaftaran tak sama dengan kereta abang," katanya di sini.
Nur Adliah Shuhada berkata, sehubungan itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jitra berhubung kehilangan keluarga abangnya itu.
"Saya juga ada buat hebahan mengenai kehilangan mereka di Facebook dan setakat pukul 10.30 malam ini, mereka masih gagal dikesan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan pasangan suami isteri bersama empat anak mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#enam beranak hilang
#pengawal keselamatan
#laporan polis
#Jerlun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan