awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

Bernama
Bernama
27/05/2025
15:40 MYT
Enam kenderaan rosak dihempap pokok tumbang
Seorang wanita warga asing dan anak lelakinya menempuh detik cemas selepas kereta dinaiki dihempap pokok dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi di Taman Puchong Perdana. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga asing dan anak lelakinya menempuh detik cemas selepas kereta dinaiki dihempap pokok dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi di Taman Puchong Perdana.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata dua beranak berusia 30-an dan dua tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.25 petang, yang memaklumkan terdapat pokok tumbang menghempap enam kenderaan di Taman Puchong Perdana, Puchong.
"Sebuah jentera dengan 11 anggota serta sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikerahkan ke lokasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Md Razali berkata kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada keluarga, manakala kerja menebang dan mengalihkan pokok yang tumbang turut dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan rosak
#dihempap pokok
#detik cemas
#Taman Puchong Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan