awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lagi lokaliti dikenakan PKPD, antara tumpuan kenyataan Hishammuddin hari ini

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2021
09:13 MYT
Enam lagi lokaliti dikenakan PKPD, antara tumpuan kenyataan Hishammuddin hari ini
Enam lokaliti dikenakan PKPD bermula 7 hingga 20 Ogos ini. Ia melibatkan Kelantan, Kedah, Pahang serta tiga di Sabah - Bernama
KUALA LUMPUR: Kawalan sempadan negara terus diperketatkan selepas seramai 23 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) pada Rabu.
Operasi yang antaranya melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu turut berjaya merampas enam buah kenderaan darat.
Berikut lima tumpuan lain dalam kenyataan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini:
1) Enam lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 hingga 20 Ogos ini. Ia melibatkan Kelantan, Kedah, Pahang serta tiga di Sabah.
2) PKPD di lima lokaliti di Terengganu; Pahang serta Kelantan dilanjutkan bermula 7 hingga 20 Ogos ini.
3) PKPD ditamatkan di 22 lokaliti melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Sabah berkuat-kuasa 6 Ogos.
4) Sebanyak 71 premis diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
5) Seramai 240 individu dikenakan kompaun, sementara 12 lagi direman kerana ingkar SOP.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Operasi Benteng
#Pelan Pemulihan Negara
#Hishammuddin Hussein
#PKP 3 0
#MCO 3 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan