awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pemancing hilang ditemukan selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2021
06:04 MYT
Enam pemancing hilang ditemukan selamat
Isnin lalu, enam pemancing termasuk tekong dilaporkan tidak pulang selepas mereka keluar ke laut dengan menaiki sebuah bot kayu. - Foto Sinar Harian/Maritim Malaysia
KEMAMAN: Enam pemancing termasuk dua remaja yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar memancing sejak Isnin lalu dengan menaiki sebuah bot kayu akhirnya ditemui selamat di perairan Pahang oleh bot nelayan tempatan, pada pagi Jumaat.
Komander Zon Maritim Malaysia Kemaman, Rashidilhadi Abd Rashid berkata, bot pemancing tersebut kini sedang ditunda masuk ke jeti Kuantan, Pahang oleh bot nelayan yang menjumpai bot mereka.
"Bot berkenaan akan terus ditunda masuk ke jeti zon Maritim Kemaman yang dijangka tiba kira-kira jam 1 petang nanti.
"Setakat ini, pihak kami difahamkan kesemua nelayan termasuk seorang tekong dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Rashidilhadi berkata, berdasarkan maklumat awal, salah seorang daripada mangsa memaklumkan bot dinaiki mengalami kerosakan iaitu kipas enjin tercabut lalu menyebabkan bot mereka hanyut.
“Bagaimanapun, saya tidak dapat mengulas lebih lanjut dan kita masih menunggu mereka sampai ke darat untuk diambil sedikit kenyataan," katanya.
Dalam kejadian Isnin lalu, enam pemancing termasuk tekong iaitu Mohamad Hafizrul Hisyam Zakaria, 29; Mohamad Shamrin Suhaimi, 19; Muhamad Hazim Luqman Zakaria,19; Rosidi Mohamad, 22; Mohamad Shahrul Ainmie Abdullah, 19; dan Mohamad Zukarnain Mohamat Nor, 20, dilaporkan tidak pulang selepas mereka keluar ke laut.
BACA: Op SAR enam pemancing: APMM mohon bantuan Indonesia dan Vietnam
Topic Berkaitan
#pemancing
#Kemaman
#selamat
#terengganu
#tekong
#bot
#nelayan
#kipas enjin tercabut
#bot rosak
#hanyut
#Rashidilhadi Abd Rashid
#maritim
#jeti
#perairan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan