IPOH: Enam individu termasuk penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan barang kemas di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di Pantai Remis, Jumaat lalu.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua yang ditahan berumur antara 30 dan 59 tahun.
Menurutnya, penahanan enam suspek itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga Myanmar berusia 34 tahun pada jam 10 malam, Sabtu lalu.
Katanya, lelaki berkenaan mendakwa, rakannya kehilangan barang kemas selepas rumah kongsinya diserbu empat penjawat awam sekitar jam 4 hingga 4.30 petang Jumaat.
“Pengadu yang bekerja sebagai buruh binaan itu mendakwa rakan wanitanya mengalami kerugian kira-kira RM14,200.
“Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati, empat penjawat awam itu telah ke rumah kongsi berkenaan dan menggeledah rumah tersebut sebelum menyedari barangan kemas milk rakannya itu hilang.
“Pengadu kemudiannya telah ke balai Polis Pantai Remis untuk membuat laporan pada Sabtu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Susulan itu, katanya, pihaknya menahan empat penjawat awam bersama dua suspek lain bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan berkenaan
Tambah Mohd Yusri, kesemua suspek direman sehingga 3 Nov bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
“Justeru, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih lagi dalam siasatan,” ujar beliau.
Amirrul Rabbani
Tue Nov 01 2022
Mohd Yusri berkata, pengadu warga Myanmar yang bekerja sebagai buruh binaan mendakwa rakan wanitanya mengalami kerugian kira-kira RM14,200. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.
NRES laksana kajian cegah harimau keluar habitat asal
NRES akan menjalankan kajian menyeluruh untuk mencegah atau mengelak harimau keluar dari habitat asalnya seterusnya mendatangkan kemudaratan kepada manusia.
56 kontena dijadikan rumah kongsi, tempat simpan barang terbakar
Sebanyak 56 unit kontena yang dijadikan sebagai rumah kongsi di Wangsa Maju di sini, musnah terbakar pada Rabu.
Empat lelaki termasuk dua polis ditahan samun pekerja asing
Empat lelaki termasuk dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian menyamar sebagai pegawai polis dan samun warga asing.
Enam termasuk penjawat awam ditahan berkaitan kes barang kemas hilang di rumah kongsi
Mohd Yusri berkata, kesemua yang ditahan berumur antara 30 dan 59 tahun.
11 pembalak terperangkap banjir diselamatkan
Kumpulan pembalak terbabit gagal keluar dari lokasi berkenaan berikutan laluan utama ke kawasan rumah kongsi mereka ditenggelami banjir.
Warga emas rentung dalam kebakaran rumah kongsi
Seorang warga emas berusia 64 tahun rentung dalam kebakaran rumah kongsi pekerja di Kunak Jaya Lorong 7, di sini, hari ini.
715 warga asing hidup daif di rumah kongsi, 309 PATI ditahan
Serbuan kali ini merupakan tangkapan terbesar setakat tahun ini.
Dua warga Bangladesh diberkas bunuh rakan senegara
Dua warga Bangladesh diberkas bunuh rakan senegara
Rumah kongsi terbakar, 3 melecur lebih 50 peratus badan
Seramai 60 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan, BBP Wangsa Maju, BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.