awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enggan bayar teksi, lelaki maut terjun jambatan

Bernama
Bernama
21/05/2015
23:45 MYT
Enggan bayar teksi, lelaki maut terjun jambatan
Polis berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.47 tengah Khamis, lelaki dikenali sebagai Ashraful, warga Bangladesh berusia 29 tahun - Foto Hiasan
Seorang lelaki maut selepas bertindak nekad keluar daripada teksi dinaikinya lalu terjun dari jambatan setelah enggan membayar tambang teksi di Km 18, Persiaran Surian berhampiran Kondominium Palm Spring, Kota Damansara, di Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.47 tengah Khamis, lelaki dikenali sebagai Ashraful, warga Bangladesh berusia 29 tahun, dan seorang lagi rakannya telah menaiki teksi dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun.
"Kedua-dua mereka telah diambil di Pelangi Damansara untuk ke Sunway Giza, Kota Damansara. Semasa melalui jambatan berhadapan kondominium itu, lelaki itu dan rakannya telah bertanyakan berapa tambang teksi dan apabila diberitahu kadar tambang, kedua-dua mereka enggan membayar dan kemudian rakannya terus mencekik leher pemandu teksi itu.
"Keadaan itu menyebabkan pemandu teksi berkenaan memberhentikan kenderaannya dan kedua-dua mereka terus keluar dari teksi. Lelaki itu dilihat terjun dari jambatan, manakala rakannya lari ke arah stesen minyak berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Azmi berkata siasatan mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan di kepala selepas terjatuh dari jambatan dengan ketinggian kira-kira 30 kaki atau 9 meter.
Mayat dihantar ke hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan polis sedang mengesan rakan lelaki itu, katanya.
Topic Berkaitan
#maut
#PDRM
#polis
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan