KUALA LUMPUR: Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Ulas Nabila kepada portal Harian Metro, dia memaklumkan proses penceraian akan diputuskan dalam waktu terdekat dan keputusan itu dibuat selepas Emran menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan rumah tangga mereka.
"Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
"Alhamdulillah, ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka,” katanya.
Dalam pada itu, Noor Nabila percaya bahawa jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT dan mengaku sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan mereka.
“Tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan," katanya.
Noor Nabila enggan berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapi kepada khalayak, sebaliknya, biarlah perkara itu diketahui antara mereka serta dijadikan pengajaran buat dirinya.
"Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun, sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.
"Sepatutnya, kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.
"Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui," katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan rumah tangga pasangan itu didakwa sudah retak menanti belah.
Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Gempak
Fri Sep 22 2023
Noor Nabila percaya bahawa jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT dan mengaku sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan mereka.- Sumber foto Astro GEMPAK
China hasilkan bata khas untuk bina rumah di Bulan
Saintis di China memperkenalkan sejenis batu bata inovatif yang dijangka dapat merealisasikan pembinaan pangkalan dan rumah boleh dihuni di permukaan Bulan.
Kes pertama libatkan varian mpox baharu di Britain
Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) mengesan kes pertama varian baharu mpox, clade Ib melibatkan seorang pesakit yang mengunjungi negara Afrika.
Korban meningkat ke 158 orang
Jumlah kematian akibat banjir kilat dahsyat di timur Sepanyol meningkat kepada 158 orang pada Khamis.
Pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang hilang dalam bencana ribut yang dianggap antara paling buruk di Eropah dalam lebih lima dekad.
Pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang hilang dalam bencana ribut yang dianggap antara paling buruk di Eropah dalam lebih lima dekad.
30 insiden sasar misi pengaman PBB di Lubnan
Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan merekodkan lebih 30 insiden setakat bulan ini, yang mengakibatkan kerosakan harta benda atau kecederaan kepada anggota pasukan.
Mesir nafi bantuan ketenteraan kepada Israel
Mesir pada Khamis menafikan sebarang penglibatan dalam membantu operasi ketenteraan Israel setelah laporan media mendakwa sebuah pelabuhan Mesir menerima penghantaran bahan letupan untuk syarikat pertahanan Israel.
Tentera Mesir menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam sebarang bentuk bantuan kepada Israel, baik secara langsung mahupun tidak langsung, seperti yang tersebar di media sosial dan melalui sumber-sumber yang mencurigakan.
Tentera Mesir menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam sebarang bentuk bantuan kepada Israel, baik secara langsung mahupun tidak langsung, seperti yang tersebar di media sosial dan melalui sumber-sumber yang mencurigakan.
Serangan Israel di Gaza: 46 terbunuh, hospital diserang
Sekurang-kurangnya 46 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza pada Khamis, kebanyakannya di bahagian utara.
Menurut pegawai kesihatan wilayah, serangan itu juga mengenai sebuah hospital, memusnahkan bekalan perubatan dan mengganggu operasi.
Menurut pegawai kesihatan wilayah, serangan itu juga mengenai sebuah hospital, memusnahkan bekalan perubatan dan mengganggu operasi.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Juadah Malaysia: Raikan nostalgia diaspora, pikat selera Kemboja di Phnom Penh
Juadah ini menyampaikan mesej yang mendalam, melangkaui sempadan dan membangkitkan rasa identiti Malaysia.
Dengan deria bau tajam, tikus Afrika kesan penyeludupan hidupan liar
Tikus besar ini menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.
'Isterix' mohon maaf, TheNoor nafi Neelofa terlibat hasilkan iklan berunsur lucah
"Kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran."
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
“Saya bukanlah ustazah yang layak bercakap tetapi..” - Neelofa
Neelofa langsung tidak melatah dengan kecaman yang diterimanya malah mengakui kekurangan diri ketika berkongsi pandangannya dengan seorang pemanggil semasa segmen tersebut.
'Terima kasih lahirkan anak-anak kita' - PU Riz titip ucapan sempena ulang tahun ke-35 Neelofa
Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 semalam, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.
Izin suami dengan siapa saya berkawan wajib diberi keutamaan - Fazura
Fazura kongsi rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharunya untuk dinilai sendiri peminat.
Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal
Bukan sebab banyak duit Neelofa mahu akses CCTV sekolah anak, sebaliknya, hanya mahu pastikan keselamatan Bilal.
"Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi" - Noor Kartini
Ibu Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.
Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal'
Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.
"Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas" - Neelofa umum nama anak kedua
Seperti yang dijanjikan, pelakon Noor Neelofa akhirnya mengumumkan nama anak keduanya.