STOCKHOLM: Pengeluar peralatan telekomunikasi Sweden Ericsson dilaporkan akan memberhentikan 8,500 pekerja sebagai sebahagian rancangan untuk mengurangkan kos, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Pemberhentian itu melibatkan kira-kira lapan peratus daripada 105,529 pekerja di seluruh dunia yang akan berkuat kuasa pada separuh pertama 2023 dan mungkin berlanjutan sehingga 2024.
"Kaedah pengurangan bilangan pekerja akan berbeza bergantung kepada amalan di negara yang terbabit.
"Matlamat kami untuk menguruskan proses itu dengan penuh keadilan, dengan cara yang terhormat, profesionalisme dan selaras dengan perundangan buruh tempatan," kata jurucakap syarikat itu dalam satu kenyataan.
Pekerja yang terkesan dengan langkah itu akan dimaklumkan terlebih dahulu.
Menurut laporan, syarikat Ericsson di Amerika Utara mungkin paling terjejas.
Syarikat itu mahu mengurangkan kos pada kadar sembilan bilion kronor Sweden atau kira-kira AS$860 juta menjelang akhir tahun 2023.
Menurt Ericsson kesan penjimatan kos akan mula dapat dilihat pada suku kedua tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Pemberhentian itu melibatkan kira-kira lapan peratus daripada 105,529 pekerja di seluruh dunia. -Gambar fail/www.ericsson.com
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Ericsson dijangka berhentikan 8,500 pekerja
Pemberhentian itu melibatkan kira-kira lapan peratus daripada 105,529 pekerja di seluruh dunia yang akan berkuat kuasa pada separuh pertama 2023 dan mungkin berlanjutan sehingga 2024.
WEF2023: Tengku Zafrul adakan mesyuarat dua hala dengan Ericsson, Microsoft
Setakat ini, perbincangan dalam mesyuarat dua hala itu menumpukan peluang-peluang di Malaysia.
Ericsson buka pusat pengedaran serantau baharu di KLIA
Pusat tersebut akan meningkatkan keupayaan pengedaran Ericsson untuk penyelenggaraan dan sokongan yang lebih pantas.
5G: Keputusan kerajaan beri kepastian untuk semua pihak terbabit - Ericsson Malaysia
Kerajaan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM11 bilion kepada Ericsson yang juga firma Sweden, bagi merekabentuk dan membangunkan rangkaian telekomunikasi 5G Malaysia.
Ericsson jalin kerjasama dengan UTM, DNB wujudkan inisiatif pendidikan 5G
Ericsson akan membuka platform Ericsson Educate kepada pelajar UTM bagi menawarkan akses kepada bahan-bahan pembelajaran tentang teknologi utama.
UOB Malaysia sedia pembiayaan pertama RM800 juta kepada Ericsson Malaysia jayakan 5G negara
UOB Malaysia juga diberi mandat sebagai Pengatur Utama untuk tambahan RPA bersindiket berjumlah RM2.3 bilion.
5G: Pemilihan Ericsson keputusan DNB, kerajaan tidak terlibat - MoF
Menurut jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat, Kerajaan tidak terlibat dalam proses pemberian kontrak 5G yang bernilai RM5 bilion tersebut.
Celcom dan Ericsson bawa 5G ke Malaysia
Teknologi telekomunikasi negara dijangka berevolusi ke tahap baharu secara keseluruhannya apabila Celcom Axiata Bhd dan Ericsson hari ini melaksanakan ujian pertama 5G Malaysia.
Projek pemuliharaan hutan paya bakau 'Connected Mangroves' oleh Ericsson terima anugerah PBB
Projek 'Connected Mangroves' menggunakan sensor untuk memberikan maklumat semasa untuk memulihkan semula ladang bakau yang semakin berkurangan.