Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berjaya mematahkan sembilan cubaan menculik untuk tebusan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), sejak perintah berkurung dilaksanakan Julai tahun lepas.
Ketua Staf Pusat Operasi ESSCom Datuk Md Rahim Mohamad berkata kumpulan penculik itu menyasarkan kumpulan pelancong yang sedang melakukan aktiviti menyelam di kawasan tertentu.
Beliau berkata kejayaan mematahkan cubaan culik itu adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk pengusaha resort di ESSZone.
"Oleh itu kita berharap agar kerjasama seumpama ini dapat diteruskan. Selain itu kita meminta agar semua pengusaha resort supaya mematuhi segala nasihat dan panduan yang diberikan oleh ESSCom, khususnya dari segi menguruskan pelancong yang melakukan aktiviti menyelam di kawasan yang berisiko," katanya.
Md Rahim berkata demikian pada taklimat keselamatan kepada pengusaha resort di Balai Polis Pulau Mabul, dekat sini, pada Ahad.
Turut hadir Timbalan Komander merangkap Ketua Staf tadbir dan Logistik ESSCom Brig. Jen. Dr Mohd Kenali Basiron, Ketua Staf Penguatkuasaan Maritim
Laksma M. Karunanithi, Ketua Staf Perisikan SAC Ahamad Zufahmi, Ketua Staf Pasukan Khas SAC Mohamad Ismail dan Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCom Rohiman Rahia.
Sementara itu, Md Rahim berkata ESSCom mengenal pasti beberapa langkah dan kaedah penambahbaikkan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha resort bagi memantapkan lagi tahap keselamatan pelancong di kawasan ESSZone termasuk memastikan agar kru bot yang dilantik telah menjalani serta melepasi tapisan keselamatan khas di balai polis berhampiran.
"Selain itu, pengusaha resort perlu memastikan bot mempunyai sistem komunikasi yang sistematik terutamanya ketika berada di laut dan melapor kepada pasukan keselamatan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti menyelam di laut.
"Pasukan keselamatan juga akan menempatkan beberapa anggota keselamatan di dalam bot bersama-sama dengan pelancong semasa melakukan aktiviti menyelam," katanya.
Bernama
Sun Oct 18 2015
Pasukan keselamatan berkawal di luar Ibu Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). - Foto BERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.