LAHAD DATU: Sebanyak 41 puak dalam Kumpulan Abu Sayyaf yang terbabit dengan penculikan untuk wang tebusan serta kumpulan militan di Sabah, ditumpaskan sejak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) ditubuhkan pada tahun 2013, kata Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman.
Beliau berkata kejayaan itu adalah susulan tindakan pantas pasukan perisikan ESSCom, hasil pertukaran maklumat risikan (intelligence exchange) dengan Joint Task Force Sulu serta pasukan tentera Western Mindanao Command (Westmincom).
Katanya dua daripada puak berkenaan yakni Clan Hatib Munap Binda serta Clan Jemaah Group Pimpinan Ustaz Mamay Aburi, ditumpaskan di Sabah, semasa beliau menjadi Komander ESSCom, manakala bakinya di tumpaskan di Filipina.
Menurutnya selain itu tiga operasi khas ESSCom bersama pihak berkuasa Filipina turut dapat meneutralkan sembilan sasaran utama untuk aktiviti Abu Sayyaf serta penculikan bagi mendapatkan wang tebusan di ESSZone, sekali gus mengekalkan sifar penculikan.
"Sepanjang saya menerajui ESSCom, tiada penculikan berlaku dan ini semua kerana kerjasama semua elemen dalam ESSCom serta perisikan dengan pihak keselamatan Filipina serta Indonesia," kata Ahmad Fuad yang akan bersara pada 11 Dis ini, kepada pemberita selepas perbarisan perpisahan sempena persaraannya di sini hari ini.
Sementara itu Ahmad Fuad berkata ESSCom turut merancang beberapa perkara bagi memperkasakan keselamatan di ESSZone antaranya cadangan untuk menempatkan pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan penempatan ramai, sebagai pondok polis kecil untuk tugas-tugas kepolisian serta menjadi 'first responder'.
"Selain itu ESSCom turut mencadangkan pewujudan Forward Operation Base Pasukan Gerakan Udara (PGU) di Tawau bagi menempatkan aset dan penyelenggaraan bagi jangka panjang," katanya.
Beliau yang bertugas selama 36 tahun di Sabah turut mengingatkan agar semua anggota pasukan keselamatan di ESSZone tekad mengelak diri dari terlibat sindiket atau menjadi tali barut kepada sindiket jenayah rentas sempadan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021

Kata Ahmad Fuad, tiga operasi khas ESSCom bersama pihak berkuasa Filipina turut dapat meneutralkan sembilan sasaran utama untuk aktiviti Abu Sayyaf serta penculikan bagi mendapatkan wang tebusan. - Gambar fail

Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini, kata Maybank.

Mangsa banjir di Kedah meningkat ke 1,908 orang
Bilangan mangsa banjir di Kedah terus peningkatan apabila 1,908 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan di 15 PPS.

Rombakan Kabinet: "Saya terfikir... tapi tidak mendesak sangat" - PM Anwar
Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Warga Indonesia maut insiden runtuhan struktur rumah
Kemalangan di tempat kerja itu berpunca akibat runtuhan struktur rumah ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM
Keputusan itu dibuat selepas MOF berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang semakin baik.
Pasaran Tempatan: Prestasi mingguan FBM KLCI
MIDF Research membawakan perkembangan terkini prestasi mingguan FBM KLCI setiap Jumaat.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 September
Bersama Niaga AWANI membawakan perkembangan terkini mengenai prestasi ringgit hari ini.
Peruntukan RM1.2 juta Dapur Asnaf MAINJ
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM1.2 juta dalam Program Dapur Asnaf tahun ini, bagi membantu 6,000 golongan asnaf seluruh Johor. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata inisiatif itu bertujuan meringankan bebanan kos bulanan berikutan kenaikan harga barangan ketika ini.
Wakaf pertanian Nasruddin Care ubah nasib asnaf
Konsep wakaf pertanian yang dilaksanakan Nasruddin Care telah berjaya mengubah hidup golongan asnaf ke tahap pendapatan sara diri yang lebih baik. Ikuti perkongsian berkenaan konsep wakaf tersebut yang dilaksanakan di Padawan, Sarawak.
AWANI Ringkas: 15 PPS dibuka di empat daerah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.

Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.

ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.

Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.

ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.

Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.

4 suspek baharu warga Filipina dalam senarai dikehendaki ESSCom
ESSCom mengeluarkan senarai terkini 21 suspek warga Filipina yang dikehendaki, kerana terbabit dalam jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.

ESSCOM tahan 2 lelaki, rampas 10,000 bungkus rokok bernilai lebih RM149,000
Kira-kira jam 2.30 pagi, sepasukan anggota ESSCOM dengan kerjasama polis Batalion 14 PGA membuat serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Jambatan 9, Kampung Hidayat.