MALAYSIA
ETS3 mula operasi KL-Kluang-KL 30 Ogos ini- Loke

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan ETS3 bagi laluan selatan di Stesen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KLUANG: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan selatan akan mula beroperasi pada 30 Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Ringkasan AI
- Perkhidmatan Tren Elektrik generasi ketiga KTMB (ETS3) akan mula beroperasi pada 30 Ogos 2025 bagi laluan KL Sentral-Kluang-KL Sentral.
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim merasmikan ETS3 dan memandu sendiri tren tersebut dari Kuala Lumpur ke Kluang, menandakan sokongan terhadap pengangkutan awam moden.
- ETS3 ini mampu mencapai kelajuan sehingga 140 km/j, dan dijangka memperkukuh jaringan rel selatan tanah air.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan ETS3 bagi laluan selatan di Stesen Kuala Lumpur hari ini.
Usai Majlis Peluncuran Khas ETS3, Sultan Ibrahim berkenan untuk memandu sendiri tren ETS3 yang berkeupayaan mencecah kelajuan operasi hingga 140 km/j itu, menuju ke Stesen Kluang di Johor.
Loke sebelum ini dilaporkan berkata kedua-dua set tren ETS3 jenis Electric Multiple Unit (EMU) yang telah tiba di Malaysia, kini sedang menjalani ujian teknikal dan sekiranya semuanya berjalan lancar, ia akan mula beroperasi bulan ini.
Beliau berkata baki lapan lagi set tren ETS3 sedang dipasang secara berperingkat di kilang pemasangan CRRC Rolling Stock Center di Batu Gajah, Perak dengan kesemua 10 tren dijadual beroperasi sepenuhnya awal tahun depan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami