KUALA LUMPUR: Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Kerajaan Malaysia kini diiktiraf Kesatuan Eropah (EU) untuk mempermudah pergerakan pengembara Malaysia di negara anggota EU.
Keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu berkuat kuasa mulai 4 April 2022.
Dalam satu kenyataan di laman sesawang EU, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen berkata bagi membolehkan pengiktirafan itu beroperasi, Malaysia akan disambung kepada kerangka kerja Sijil COVID Digital EU yang ditubuhkan di bawah Peraturan (EU) 2021 /953.
"Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia menepati 'Sistem Pengurusan Vaksin' kesatuan itu dan dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, bagi melindungi kepentingan Kesatuan, khususnya dalam bidang kesihatan awam, Suruhanjaya boleh menggunakan kuasanya untuk menggantung permohonan keputusan itu atau memansuhkannya, jika syarat Perkara 8(2) Peraturan (EU) 2021/953 tidak lagi dipatuhi.
Malaysia pada 18 Nov 2021 menyediakan maklumat terperinci kepada Suruhanjaya itu mengenai pengeluaran sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 di bawah 'Sistem Pengurusan Vaksin'.
"Malaysia memaklumkan kepada Suruhanjaya bahawa ia menganggap sijil COVID-19 dikeluarkan mengikut piawaian dan sistem teknologi, yang saling beroperasi dengan kerangka kerja ditetapkan Peraturan (EU) 2021/953 dan membenarkan pengesahan ketulenan, kesahihan dan integriti sijil-sijil itu," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia Michalis Rokas turut memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu di akaun Twitternya.
"Berita baik: EU telah menerima permintaan Malaysia @officialmosti untuk mewujudkan kesetaraan antara Sijil COVID Digital EU dan MySejahtera Malaysia. Merancakkan lagi perniagaan dan pelancongan!," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022

Keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu berkuat kuasa mulai 4 April 2022. - Gambar fail

Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan
Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara.

Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia
Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren.

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

'Kita tidak boleh biarkan penduduk Gaza kebuluran' - PM UK
UK menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer
Tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya.

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

Berjaya harungi musim mencabar, Saravanan intai destinasi baharu
T. Saravanan mengakui musim 2024/2025 memberi pengajaran berguna dalam kariernya, apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhad untuk membuktikan kemampuan bersama skuad Tok Gajah.
AWANI Ringkas: Honda Jepun kurangkan EV, tumpu kepada hibrid
AWANI Ringkas: Ugut rakan sebar video bogel, dua remaja ditahan

Pengembara ke Singapura menerusi 'checkpoint' darat tidak perlu tunjuk sijil fizikal vaksinasi - ICA
Hanya perlu serahkan SG Arrival Card dan rekod vaksinasi akan disahkan melalui sistem Kementerian Kesihatan Singapura.

EU terima sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia
Keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu berkuat kuasa mulai 4 April 2022.

Malaysia, Qatar setuju saling iktiraf sijil vaksinasi - PM
Malaysia dan Qatar secara rasmi bersetuju untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 sesama kedua-dua negara dalam usaha pemulihan pasca pandemik virus itu.

Sijil vaksinasi, pelaburan antara isu dibincang dalam lawatan PM ke Vietnam
Pemulihan ekonomi pascapandemik COVID-19 serta sijil vaksinasi antara isu yang akan menjadi tumpuan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Vietnam.

MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC
Sebuah helpdesk secara fizikal akan dibuka di beberapa lokasi sebagai penyelesai kepada masalah yang berbangkit termasuk sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

Malaysia-Filipina sepakat iktiraf sijil vaksinasi - Wisma Putra
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina mencapai kata sepakat semalam untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 secara timbal balas.

Pemuda UMNO gesa isu sijil vaksin dibincang di peringkat antarabangsa
Pertikaian berhubung kesahihan sijil digital MySejahtera adalah tidak berasas kerana ia diterima pakai oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Rakyat Malaysia tidak perlu kuarantin masuk ke India
Ujian RT-PCR COVID-19 prapenerbangan juga tidak wajib bagi pengembara lengkap divaksin yang tiba di India dari Malaysia.

Sekatan COVID-19: Kewajipan sijil vaksinasi ditarik semula di Republik Czech
Perdana Menteri Petr Fiala berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa lagi kelonggaran dalam bulan ini.

Kerajaan perhalusi SOP umrah, elak penipuan sijil vaksinasi - Ahmad Marzuk
Kerajaan akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan jemaah umrah yang akan berlepas menunaikan ibadah tersebut sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.