awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco buat laporan polis berhubung surat tawaran palsu

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
26/11/2019
02:02 MYT
Exco buat laporan polis berhubung surat tawaran palsu
Mangsa membuat laporan polis kerana mahu membersihkan namanya dan Kerajaan Negeri Pahang.
Exco Kerajaan Negeri membuat laporan polis berhubung surat palsu mengenai tawaran projek cadangan penswastaan menukar lampu jalan yang menggunakan tandatangannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata exco lelaki berusia 54 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini selepas menyedari mengenai surat tawaran palsu itu
"Surat itu adalah berkenaan projek cadangan penswastaan menukar lampu sedia ada jenis Son kepada lampu jenis LED kepada sebuah syarikat.
"Mangsa meneliti kandungan salinan surat berkenaan dan mendapati ianya tidak benar serta tandatangan yang diturunkan pada surat itu adalah bukan miliknya," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis kerana mahu membersihkan namanya dan Kerajaan Negeri Pahang serta tidak mahu bertanggungjawab ke atas sebarang perkara berbangkit mengenai isu ini.
"Polis sudah merakam percakapan saksi dan mendapatkan contoh tandatangan exco berkenaan serta sudah membuat permohonan kepada Jabatan Kimia," katanya.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 466/467 Kanun Keseksaan dan polis kini masih mengenalpasti suspek yang terbabit dengan kes ini.
Topic Berkaitan
#Exco
#IPD Kuantan
#Jabatan Kimia
#jenayah
#kerajaan
#Kuantan
#lampu jalan
#laporan polis
#mangsa
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#polis
#projek penswastaan
#siasatan
#surat tawaran palsu
#suspek
#tandatangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan