awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook kini kurangkan paparan pengiklanan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
12/01/2018
09:47 MYT
Facebook kini kurangkan paparan pengiklanan
Facebook kini lebih mengutamakan paparan dari kenalan rapat dan mengurangkan paparan yang berunsur perniagaan dan pengiklanan. -Gambar hiasan.
FACEBOOK Inc sudah mula menukar cara paparan di laman utama suapan berita (news feed) platform media sosial tersebut pada Khamis.
Menurut Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, Facebook kini lebih mengutamakan paparan dari kenalan rapat dan mengurangkan paparan yang berunsur perniagaan dan pengiklanan.
“Keutamaan kami sebelum ini mengutamakan ‘likes’ dan komen bagi meningkatkan algoritma yang menyebabkan 'posting' berkenaan kerap muncul dalam kebanyakan suapan berita.
“Kini kami lebih mengutamakan hubungan sosial melalui Facebook berbanding pencarian topik yang berunsurkan pengikalanan dan sebagainya.
“Walaupun perubahan ini bakal menyebabkan pengurangan masa seseorang itu melayari Facebook, ia adalah lebih baik buat pengguna dan syarikat ini,” katanya menerusi ruangan Facebook miliknya.
Manakala laporan Reuters menyatakan, Naib President Facebook, John Hegeman menerusi satu temu bual berkata, paparan pengiklanan di laman media sosial tersebut tidak akan terjejas dengan perubahan ini.
Dalam pada itu, dengan lebih dua bilion pengguna, Facebook merupakan laman media sosial terbesar di dunia. Ia juga antara syarikat terbesar di dunia dengan mencatat pendapatan sebanyak 36 bilion USD (RM142.99 bilion) terutamanya dari pengiklanan.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Mark Zuckerberg
#media sosial
#news feed
#suapan berita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan