awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhlina mahu lebih ramai pelajar sertai badan beruniform seperti pengakap

Bernama
Bernama
09/03/2024
15:39 MYT
Fadhlina mahu lebih ramai pelajar sertai badan beruniform seperti pengakap
Fadhlina (baju merah) bergambar bersama ahli Pengakap pada Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Peringatan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah. - Foto BERNAMA
GURUN: Menteri Pendidikan Fadhina Sidek berharap lebih ramai pelajar menyertai badan beruniform seperti pengakap bagi melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan dan disiplin tinggi.
Beliau berkata para pelajar perlu terus digerakkan supaya sisi manusiawi dan disiplin mereka dalam menganggotai badan itu akan dapat mewujudkan pembangunan yang lebih holistik.
Fadhlina juga berkata Kementerian Pendidikan berharap sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula di beberapa negeri esok berjalan lancar.
"Untuk esok, kita semua telah lakukan persiapan dan beri taklimat dari segi sesi libat urus bersama Jabatan Pendidikan semua negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah... insya-Allah, semua sudah pun digerakkan untuk semua negeri.
"Anak saya pun masuk darjah satu esok... saya bersama ibu bapa yang lain akan mula sibuk sepanjang seminggu dan jangan lupa, minggu pertama adalah minggu yang penuh dengan aktiviti serta penglibatan pelajar," katanya selepas Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Peringatan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah sempena Majlis Aspirasi Guru Pengakap Negeri Kedah hari ini.
Terdahulu, Fadhlina dianugerah Bintang Peringatan 100 Tahun Pengakap Kedah sebagai penghargaan atas komitmen beliau dan memberi semangat kepadanya untuk terus berkhidmat kepada pergerakan itu serta masyarakat.
Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu memulakan sesi persekolahan 2024/2025 esok manakala negeri-negeri lain pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Menteri Pendidikan Fadhina Sidek
#badan beruniform
#Pengakap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan