PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan berkongsi mengenai pencapaian Malaysia menerajui pelaksanaan rangkaian 5G negara pada ucaptamanya di Mobile World Congress Barcelona (MWC 2024), Sepanyol pada 26 Feb hingga 2 Mac ini.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata beliau turut akan berkongsi mengenai cabaran pelaksanaan rangkaian 5G negara, yang pelaksanaannya sudah mencapai 80.2 peratus setakat 31 Dis lepas.
"Dalam kongres kali ini, semestinya antara perkara yang kita akan lapor adalah pencapaian Malaysia menerajui pelaksanaan rangkaian 5G.
"...Malaysia mampu melakukannya (melaksanakan rangkaian 5G) dan kita menjadi bukti pertama di dunia rangkaian 5G dapat dilaksanakan menggunakan konsep rangkaian borong. Ini antara perkara yang kita akan bangkitkan," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
MWC 2024 yang akan dihadiri Fahmi, merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa, Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kongres yang bakal mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.
Pada 8 Sept lepas, Fahmi dalam hantarannya di X berkata beliau telah menerima jemputan khas daripada GSMA untuk menyampaikan ucaptama di MWC 2024. Jemputan khas itu diterima Fahmi semasa mesyuarat dua hala antara Kementerian Komunikasi dan GSMA di ibu negara, yang merupakan sesi susulan selepas mesyuarat pertama di Ibu Pejabat GSMA, London pada 14 Jun 2023.
Berkongsi penyertaan Malaysia di MWC 2024 nanti, Fahmi berkata selain mewujudkan Pavilion Malaysia yang disertai penyedia syarikat telekomunikasi negara, beliau juga akan mengadakan beberapa perbincangan dengan pemain industri telekomunikasi antarabangsa dan GSMA bagi meneliti teknologi baharu dalam sektor itu.
"Selain rangkaian 5G, ada rangkaian 5.5G dan beberapa teknologi baharu. Semestinya bagi Kementerian Komunikasi dan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) sangat minat untuk mengenali dengan lebih mendalam teknologi yang mampu menyelesaikan masalah kesalinghubungan di kawasan-kawasan yang tiada liputan di seluruh negara.
"Ia meliputi meliputi kawasan di pedalaman dan kawasan-kawasan yang mungkin merupakan kawasan pelancongan, tetapi tiada penduduk serta laluan penting seperti trunk road atau laluan utama antara kawasan yang berpenduduk. Jadi ini antara perkara yang akan kita usahakan," katanya
Sementara itu, Fahmi berkata Kabinet masih belum memutuskan mengenai syarikat pengendali mudah alih (MNO) yang akan kekal bersama Digital Nasional Bhd (DNB) atau suatu entiti yang akan dibentuk apabila kerajaan beralih kepada model dwirangkaian 5G kelak.
Katanya ketika ini perbincangan berhubung perkara itu yang tertumpu kepada penubuhan satu lagi rangkaian selain DNB masih berjalan dan belum mempunyai kata putus.
"Perbincangan masih berjalan dalam menentukan syarikat MNO yang akan kekal bersama DNB dan satu lagi rangkaian iaitu separuh bersama DNB dan separuh lagi ke satu lagi entiti.
"Dalam masa yang sama, liputan rangkaian 5G masih kekal pada kadar 80.2 peratus seperti dilaporkan pada Disember lepas," katanya.
Pada 10 Jan lepas, Fahmi dilaporkan berkata perkhidmatan rangkaian 5G telah mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 31 Dis, melepasi sasaran 80 peratus yang ditetapkan dan menjangkakan kerajaan akan mengumumkan peralihan daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian bagi pelaksanaan 5G.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan berkongsi mengenai pencapaian Malaysia menerajui pelaksanaan rangkaian 5G negara pada ucaptamanya di Mobile World Congress Barcelona (MWC 2024), Sepanyol pada 26 Feb hingga 2 Mac ini. - Gambar fail/BERNAMA
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan menggalakkan orang ramai mengibarkan bendera selaras aspirasi '1 Rumah 1 Jalur Gemilang' (1R1JG).
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.