Fahmi terima kunjungan Pengerusi Interim Majlis Media Malaysia

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersama Pengerusi Interim Majlis Media Malaysia (MMM), Premesh Chandran ketika pertemuan di pejabat Fahmi di Parlimen, ibu negara. - Foto X/@fahmi_fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerima kunjungan Pengerusi Interim Majlis Media Malaysia (MMM), Premesh Chandran, di pejabatnya di Parlimen, ibu negara hari ini.
Ringkasan AI
- Kunjungan Pengerusi Interim Majlis Media Malaysia (MMM) ke pejabat Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, membincangkan persediaan bagi Mesyuarat Agung Pertama MMM pada 7 November.
- Penubuhan MMM selepas lebih 50 tahun menanti dijangka akan meningkatkan profesionalisme industri media negara.
- Harapan agar MMM menjadi platform memperjuangkan kepentingan dan etika industri media Malaysia, serta memperkukuh landskap media negara dengan bebas dan berwibawa.
"Justeru, saya harap MMM akan menjadi wadah yang mampu memperjuangkan kepentingan dan profesionalisme industri media di negara ini," katanya.
Fahmi turut berharap agar MMM menjadi wadah yang mampu memperjuangkan kepentingan serta profesionalisme industri media di negara ini selain mendoakan agar mesyuarat agung dan proses pemilihan pada Jumaat ini berjalan lancar.
"Semoga MMM terus berkhidmat sebagai badan media yang bebas, beretika dan berwibawa dalam memperkukuh landskap media negara," tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


