KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memainkan peranan proaktif dalam memastikan bekalan bawang merah tempatan dapat diperoleh dengan mudah oleh pengguna menerusi outlet pemasaran FAMA di seluruh negara.
Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata untuk itu, satu program intervensi yang memberi tumpuan kepada pemasaran bawang merah tempatan yang ditanam di kawasan ditentukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melibatkan 40 pusat operasi FAMA dilaksanakan menerusi pelbagai program antaranya Jualan Agro MADANI, outlet pemasaran KPKM dan jualan portal Agrobazaar Online.
"Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI yang akan diadakan di 5,000 lokasi seluruh negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 416 outlet pemasaran FAMA juga bersedia memastikan bekalan komoditi berkenaan dapat diperoleh dan selain menjangkakan komoditi itu akan meningkat pada penghujung tahun ini, selaras dengan peningkatan tanaman bawang tempatan di seluruh negara.
Abdul Rashid berkata usaha KPKM terhadap penanaman bawang merah tempatan akan meningkatkan lagi bekalan bawang di pasaran, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Usaha KPKM terhadap penanaman bawang merah tempatan akan meningkatkan lagi bekalan bawang di pasaran, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import pada masa hadapan. - Bernama
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
MARDI sasar kurangkan import bawang sehingga 30 peratus menjelang 2030
MARDI memulakan penanaman tiga jenis bawang secara kecil-kecilan untuk tempoh 2024 hingga 2025 dengan fokus kepada penghasilan bawang merah.
Negara di landasan tepat kurangkan kebergantungan bawang merah import
Tahun 2024 adalah masa untuk mengorak langkah kepada penanaman secara besar-besaran.
MARDI edar benih bawang merah secara skala besar kepada petani
Usahawan yang dipilih akan diberi bimbingan teknikal melalui kursus dan latihan serta dibekalkan dengan benih bawang secara percuma.
MARDI jalankan penyelidikan tanaman bawang, kurang kebergantungan bawang import
Tiga varieti bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2, dan BAW-3 telah dilancarkan baru-baru ini
Guna bawang merah elak demam, selesema, batuk berjangkit satu rumah
Elak masalah kesihatan ini berjangkit dengan menggunakan bahan yang terdapat di dapur sahaja.
MAFI belum terima laporan kekurangan bekalan makanan import dari India
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) belum menerima sebarang laporan berhubung kekurangan bekalan makanan yang diimport dari India susulan peningkatan kes wabak COVID-19 di negara itu.
Pengguna disaran guna bawang negara lain - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan pengguna supaya memilih bawang merah import dari negara lain susulan harga bawang dari India melonjak pada masa ini.
'Tiga barang RM10' - Kedai Wan Tarmizi jadi popular
Walaupun untung sedikit namun itu cara Wan Mohd Tarmizi membantu orang ramai mendapatkan barang keperluan pada harga yang memuaskan hati.
Tiada bukti saintifik petua viral mampu elak influenza- Lee Boon Chye
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, langkah wajar yang sepatutnya diamalkan ialah menjaga kebersihan diri serta mengambil pemakanan seimbang.