awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAMA sedia import 2 juta kelapa untuk kegunaan sepanjang Ramadan

Bernama
Bernama
08/04/2017
06:56 MYT
FAMA sedia import 2 juta kelapa untuk kegunaan sepanjang Ramadan
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bersama isteri Datin Seri Rohkiah Abdul Samat melawat Pasar Tani Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara hari ini. --fotoBERNAMA
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mengimport dua juta biji kelapa dari Indonesia untuk kegunaan sepanjang Ramadan akan datang.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata langkah itu dijangka dapat memenuhi permintaan peniaga dan pengguna sepanjang bulan berkenaan.
"Setiap bulan kita mengimport sejuta biji kelapa dari Indonesia untuk kegunaan tempatan, namun untuk Ramadan ini kita bersedia menambah bekalan sehingga dua juta biji berikutan permintaan yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Ishak.
Sementara itu, Badruddin berkata Fama menyasarkan pembukaan 50 pasar tani baharu sepanjang tahun ini di seluruh negara.
"Sehingga kini, sebanyak 664 buah pasar tani telah beroperasi dan berjaya mengumpul keuntungan berjumlah RM822 juta bagi tahun lalu," katanya.
Pasar tani Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara merupakan pasar tani keempat yang beroperasi di perkarangan masjid. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badruddin Amiruldin
#FAMA
#kelapa
#Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
#Ramadan
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan